Dulu dipuji, sekarang teruk Michelle Yoeh dikecam selepas dilantik jadi duta Balenciaga.
Kelihatan ramai yang kecewa apabila pelakon antarabangsa, Michelle Yeoh mengumumkan dirinya kini sebagai duta jenama terkenal, Balenciaga.
Aktres Hollywood terkenal, Tan Sri Michelle Yeoh sinonim dengan aksi hebatnya di dalam semua lakonan beliau.
Malah, sebelum ini beliau turut dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik pada acara 95TH Academy Awards (Oscars 2023).
Kemenangannya itu secara tidak langsung telah membuatkan ramai rakyat di negara ini bangga dengan anak kelahiran Ipoh, Perak itu.
Michelle Yeoh teruk dikecam selepas umum jadi duta Balenciaga
Namun baru-baru ini, Michelle telah dikecam ramai selepas memuat naik satu hantaran mengumumkan beliau kini telah menjadi duta bagi satu jenama terkenal antarabangsa iaitu, Balenciaga.
Perkara itu dimaklumkan oleh Michelle menerusi lnstagram rasminya pada 9 November.
“Saya teruja menyertai Balenciaga sebagai duta jenama mereka,” tulisnya di kapsyen.
Sifatkan fesyen adalah satu bentuk seni
Dalam satu lagi hantaran yang dimuat naik, Michelle menyatakan fesyen adalah salah satu bentuk seni dan ia bukan sekadar pakaian.
“Fesyen adalah satu bentuk seni. Ia tidak hanya mengenai pakaian, tetapi ekspresi diri. Bagaimana anda rasa ketika memakainya dan nilai yang anda letakkan ketika memakainya.
“Ia adalah satu cara untuk berkomunikasi dengan kerja saya,” katanya lagi.
Perkongsiannya itu bagaimanapun, telah mengundang rasa kurang senang orang ramai kerana merasakan aktres Crazy Rich Asian itu seperti kurang sensitif dengan konflik yang melanda jenama terbabit.
Balenciaga didakwa mengeksploitasi kanak-kanak dalam kempen dilakukan pada Disember tahun lalu
Ini kerana, pada Disember tahun lalu jenama terbabit didakwa melakukan kempen yang dipercayai mempunyai unsur seksual kanak-kanak.
Malah ada yang mengatakan, mereka menyokong dan sayangkan pelakon tersebut namun bukan sebagai duta kepada jenama terbabit.
Bukan hanya itu, ada yang mendakwa jenama terbabit juga adalah pro-Israel.
Namun kami tidak menemukan apa-apa artikel yang mengaitkan Balenciaga dengan Israel kecuali kes melibatkan penyanyi rap, Kanye West yang dipecat kerana mengeluarkan kenyataan berbaur antisemitik pada hujung 2022.
Balenciaga bagaimanapun bersama Adidas kemudiannya telah mengambil Bella Hadid sebagai model mereka.
Baca Lagi:‘Misai’ bangkai harimau di Lebuhraya PLUS hilang dicuri jadi tanda tanyaBudak perempuan 2 tahun maut, lapan jam ditinggalkan dalam kenderaan setelah ibu lupa hantar ke tadikaLelaki muncul sebagai ‘Hero’ selepas selamatkan kucing daripada dibaham ular sawa