Pelancong dari Hong Kong minta warga FB edit gambar sebelah patung Merlion, sekali ini yang jadi.
Seorang pelancong Hong Kong terlepas peluang bergambar dengan Patung Merlion berbentuk singa tetapi meminta pandangan pengguna Facebook untuk menyunting gambarnya bersama mercu tanda Singapura itu, lapor portal berita MSNews hari ini.
Patung itu kini dilindungi oleh struktur perancah untuk kerja pembaikan sehingga 13 Disember ini.
Tidak berputus asa, pelancong itu merakam gambarnya di Facebook dan meminta netizen menyunting gambarnya itu
Dalam catatan di kumpulan Facebook Hong Kong, pelancong itu, Xie Chengxuan mengadakan lawatan untuk melihat patung ikonik tersebut.
Malangnya baginya, dia terlepas pemberitahuan tentang kerja penyelenggaraan dan sebaliknya menemui struktur perancah pada patung tersebut .
Dia kemudian tidak berputus asa dan melakukan ‘pose’ klasik seolah-olah mengeluarkan air sama seperti patung Merlion.
Baca Lagi:Lelaki dikelar ketika jogging seorang diri di Shah AlamJijik! Ulat penuh dalam tangki di sebuah universiti di SabahLelaki muncul sebagai ‘Hero’ selepas selamatkan kucing daripada dibaham ular sawa