Nelayan jadi jutawan sekelip mata selepas tangkap ikan Sowa

Nelayan jadi jutawan sekelip mata selepas tangkap ikan Sowa.

Seorang nelayan di bandar Karachi, Pakistan menjadi jutawan dalam sekelip mata selepas menangkap beberapa ekor ikan yang jarang ditemui dan mempunyai banyak khasiat dalam perubatan.

Laman berita Wion News melaporkan, Haji Baloch yang tinggal di perkampungan nelayan Ibrahim Hyderi telah menangkap ikan yang jarang ditemui bersama pekerjanya di Laut Arab pada Isnin lalu.

Ikan yang ditangkap oleh Baloch dikenali sebagai ikan emas atau ‘Sowa’ dalam dialek tempatan.

“Keseluruhan hasil tangkapan ini dijual pada harga kira-kira 70 juta rupee (RM1.16 juta) di pelabuhan Karachi pagi semalam ketika nelayan itu melelong hasil tangkapan mereka,” kata Mubarak Khan dari Forum Rakyat Nelayan Pakistan.

Sowa adalah sejenis ikan jarang ditemui dan dianggap mahal. Purata beratnya adalah antara 20 hingga 40 kilogram dan boleh membesar sepanjang 1.5 meter. Ia sangat popular di negara Asia Timur.

Bahan yang terdapat dalam perut ikan Sowa mempunyai khasiat perubatan dan penyembuhan yang hebat. Doktor juga menggunakan bahan seperti benang yang terdapat dalam badan ikan Sowa dalam beberapa prosedur pembedahan.

“Kami sedang memancing di laut Karachi apabila kami terserempak dengan tembolok ikan emas yang besar ini dan ia adalah rezeki yang tidak disangka untuk kami,” katanya.

Baloch menyatakan bahawa wang yang dikumpul daripada jualan itu akan dikongsi antara tujuh anak kapalnya.

Baca Lagi:Isteri simbah minyak petrol, bakar suami sedang tidurPengantin perempuan dirasuk di majlis perkahwinan, menari sampai tak sedar diriToyota lancar model Alphard 2024 secara rasmi di Malaysia, harga RM538,000 tanpa insurans

About Mat Lan Editor

Check Also

tanda-tanya-motosikal-ex5-dihumban-dalam-tasik-akhirnya-terjawab

Tanda tanya motosikal EX5 dihumban dalam tasik akhirnya terjawab

Tanda tanya motosikal EX5 dihumban dalam tasik akhirnya terjawab. Gara-gara tidak berpuas hati dengan perbuatan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments