Pempengaruh TikTok Megan Rice peluk Islam

Pempengaruh TikTok Megan Rice peluk Islam

Individu yang bertanggungjawab memulakan trend ‘bukan Muslim membaca al-Quran’ (Non-Muslim reading The Quran) di TikTok, Megan Rice, secara rasminya memeluk Islam.

Menerusi satu video yang dimuat naik pendakwah kelahiran Syria, Ahmad Abostani, Rice dilaporkan mengucap dua kalimah syahadah dalam satu sesi live yang diadakan secara bersama.

Rice merupakan pempengaruh media sosial terawal yang mula membaca dan mempelajari kandungan al-Quran, selepas melihat bagaimana penduduk Palestin yang diuji dengan begitu berat, masih mampu bersabar dan tidak menyalahkan takdir.

“Saya kagum dengan rakyat Palestin kerana nampaknya mereka mempunyai kepercayaan yang begitu kukuh, walaupun kehilangan segala-galanya.

“Orang ramai memberitahu saya, ya, itulah Islam, adakah anda telah membaca al-Quran? Anda mungkin perlu membaca al-Quran,” katanya.

American TikToker, Megan Rice, reverted to Islam. She inspired by the faith of Palestinians in Gaza, who have been facing genocide but holding onto their imaan.

“And whoever Allah guides, none can lead astray.” [39:37] pic.twitter.com/fICjBXUMpY

— Allah Islam Quran (@AllahGreatQuran) November 11, 2023

Rice dilihat bersungguh-sungguh menyokong kebebasan Palestin dan menyatakan kekagumannya terhadap semangat masyarakat Islam di Gaza dalam menghadapi kekejaman rejim Zionis Israel.

Setiap hari, Rice akan berkongsi dengan lebih 600,000 pengikut tentang ayat al-Quran yang dibacanya melalui terjemahan, dan menyatakan kekaguman tentang bagaimana kitab suci itu mampu menjawab semua persoalannya.

Selain Rice, antara pempengaruh TikTok lain yang turut mula membaca kandungan al-Quran ialah @jakjackwilds dan @abbeyhafiz.

Kebanyakan mereka mengakui bahawa membaca al-Quran menyedarkan mereka tentang kedangkalan pengetahuan mereka tentang Islam dan betapa berbeza kandungan sebenarnya berbanding naratif barat.

Baca Lagi:Dulu dipuji, sekarang teruk Michelle Yoeh dikecam selepas dilantik jadi duta BalenciagaHotel Sheraton Imperial tawar tempoh penginapan 24 jam mengikut waktu daftar masukGuan Eng mahu saman Siti Mastura selepas gagal kemukakan bukti dalam masa 48 jam

About Mat Lan Editor

Check Also

tanda-tanya-motosikal-ex5-dihumban-dalam-tasik-akhirnya-terjawab

Tanda tanya motosikal EX5 dihumban dalam tasik akhirnya terjawab

Tanda tanya motosikal EX5 dihumban dalam tasik akhirnya terjawab. Gara-gara tidak berpuas hati dengan perbuatan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments