Pekerja asing kahwin warga tempatan boleh dihalau dari Malaysia – JIM

Pekerja asing kahwin warga tempatan boleh dihalau dari Malaysia – JIM

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah memberi peringatan kepada mana-mana pekerja asing di Malaysia yang mengahwini warga tempatan boleh dihalau dari negara ini semasa berada dalam tempoh pemegang premit pekerja asing sementara (PLKS).

Menerusi catatan di Facebook rasmi JIM, mana-mana pekerja asing yang berkahwin dengan warga tempatan adalah melanggar syarat yang ditetapkan dalam kontrak PLKS, yang mana menjadikan permit itu terbatal secara automatik.

Gambar hiasan

Maka pemegang PLKS juga akan dihantar keluar dari Malaysia, mengikut kepada Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

Tambah JIM, rakyat tempatan di negara ini khususnya wanita dinasihatkan untuk mengetahui risiko berkahwin dengan pekerja asing pemegang PLKS, yang mana jika berkeras untuk meneruskan perkahwinan, mereka akan ditinggalkan seorang jika pasangan mereka itu terpaksa dihantar pulang ke negara asal.

Bagaimanapun, JIM berkata ini bukanlah satu larangan untuk menghalang sesiapa berkahwin dengan pekerja asing, cuma sekadar peringatan yang dibuat mengikut kepada undang-undang.

Baca Lagi:Pempengaruh jelita dari Brazil maut ketika proses sedut lemak di lutut, sempat swafoto di gym sehari sebelum meninggalPerosak rumahtangga, kakak ipar kiriman ‘syaitan’Dua lelaki bergaduh gara-gara berebut cas kereta elektrik

About Mat Lan Editor

Check Also

aman-palestin-dakwa-sprm-bermiat-jahat,-beri-tempoh-3-hari-nyah-beku-akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun. Aman Palestin …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments