Penyerang antarabangsa Ghana meninggal dunia ketika perlawanan bola Liga Albania

Penyerang antarabangsa Ghana meninggal dunia ketika perlawanan bola Liga Albania.

Bekas penyerang antarabangsa Ghana, Raphael Dwamena disahkan meninggal dunia selepas terkena serangan jantung ketika perlawanan Liga Albania antara KF Egnatia dan FK Partizani semalam.

Menurut kenyataan Persatuan Bola Sepak Albania, Dwamena telah meninggal dunia pada usia 28 tahun.

“Pasukan perubatan bergegas membawanya ke hospital dan dia meninggal dunia pada usia 28,” kata kenyataan tersebut.

Dwamena mempunyai lapan kaps antarabangsa bersama Ghana sehingga dianggap sebagai salah seorang bintang sedang meningkat naik tetapi masalah jantung yang dihadapi menjejaskan kariernya.

Pada tahun 2017, penyerang itu gagal menyertai Brighton tetapi gagal melepasi ujian perubatan dan berhijrah ke kelab La Liga, Levante.

Dwamena pernah menjalani pembedahan jantung pada tahun 2020 bagi membolehkan dia meneruskan karier sebagai pemain bola sepak.

Dwamena berkelana ke Denmark, Austria dan Switzerland sebelum menyertai kelab Albania, KF Egnatia pada Januari tahun ini dan berjaya menjaringkan sembilan gol.

Raphael Dwamena’s final moments in the game today in Albania League.

RIP to him pic.twitter.com/5rWgiZMIIc

— Saddick Adams (@SaddickAdams) November 11, 2023

Baca Lagi:Dua lelaki bergaduh gara-gara berebut cas kereta elektrikPempengaruh jelita dari Brazil maut ketika proses sedut lemak di lutut, sempat swafoto di gym sehari sebelum meninggalGuan Eng mahu saman Siti Mastura selepas gagal kemukakan bukti dalam masa 48 jam

About Mat Lan Editor

Check Also

tanda-tanya-motosikal-ex5-dihumban-dalam-tasik-akhirnya-terjawab

Tanda tanya motosikal EX5 dihumban dalam tasik akhirnya terjawab

Tanda tanya motosikal EX5 dihumban dalam tasik akhirnya terjawab. Gara-gara tidak berpuas hati dengan perbuatan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments