“I said yes” – Nabila Razali terima lamaran kekasih hati

“I said yes” – Nabila Razali terima lamaran kekasih hati.

Khabar angin yang bertiup kencang mengenai dakwaan penyanyi Nabila Razali bakal menamatkan zaman bujang akhirnya terjawab apabila penyanyi itu menerima lamaran ahli perniagaan, Nik Iruwan Nik Izani.

Lebih manis, Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali berkongsi berita gembira itu di akaun Instagram miliknya bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-31 hari ini.

Menerusi hantaran terbaharunya itu, Nabila berkongsi foto lamaran Iruwan kepada Nabila dengan kapsyen penuh romantis.

“I said yes (Saya terima) ,” tulisnya ringkas.

Perkongsian foto penuh romantis itu turut menamatkan spekulasi mengenai kisah cinta pasangan itu yang sebelum ini penuh tanda tanya.

Sekitar Ogos lalu, tular foto mendakwa pasangan berkenaan sudah mengikat tali pertunagan namun penyanyi itu enggan mengesahkan perkara terbabit.

Baru-baru ini turut timbul gosip mendakwa penyanyi lagu Peluang Kedua itu bakal mendirikan rumah tangga bersempena hari ulang tahun kelahirannya yang jatuh pada hari ini.

Bagaimanapun tinjauan Harian Metro di akaun Instagram miliknya mendapati penyanyi itu hanya sekadar ‘repost’ video ucapan peminat di Instagram Story.

Sementara itu, di ista story Nik Iruwan berkongsi gambar lamarannya bersama kapsyen penuh bermakna iaitu ‘Cinta tidak berupa tatapan satu sama lain, tetapi memandang ke luar bersama ke arah yang sama.’

Tinjauan diruangan komen mendapati rakan-rakan yang mengenalinya turut mengucapkan tahniah kepada pasangan itu.

Baca Lagi:Faizal Tahir lelong trofi AJL, barangan koleksi peribadi demi PalestinMeerqeen beli Mercedes-Benz bernilai RM1.4 jutaPenyunting video kongsi kisah seram, hilang selama 2 hari hanya ditemani bunyi loceng dan diperhatikan lembaga tinggi

About Mat Lan Editor

Check Also

aman-palestin-dakwa-sprm-bermiat-jahat,-beri-tempoh-3-hari-nyah-beku-akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun. Aman Palestin …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments