Bekas anggota kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad, 43 meninggal dunia

Bekas anggota kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad, 43 meninggal dunia.

Bekas anggota kumpulan nasyid In-Team, Mohd Suhaimi Saad, 43, yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital di Johor Bahru, meninggal dunia pada 7,40 malam Rabu.

Khabar duka itu dikongsi menerusi laman Facebook dan Instagram rasmi In-Team, hari ini.

“Sahabat kami yang kami kasihi. Mohd Suhaimi Bin Saad telah kembali kepada penciptaNya sebentar tadi jam 7.40 malam

.

“Salam takziah buat seluruh ahli keluarga. Semoga dipermudahkan segala urusan. Semoga Allah menempatkan Almarhum dalam kalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh. Lahu Al-Fatihah,” jelas kenyataan ringkas In-Team di pautan Instagram rasmi kumpulan itu.

Allahyarham Suhaimi sebelum ini ditidurkan di iCU sebuah hospital di Johor Bahru selepas seminggu dirawat ekoran keadaan kesihatannya kurang baik.

Namun, punca kematian tidak dapat dikenal pasti.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Nordiana Mohd Naim (Ina Naim) bersama empat orang cahaya matanya Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony hasil perkahwinan sejak 12 Ogos 2007

Baca Lagi:Pembuat roti canai dirogol sebelum dibunuh, mayat ditemui dalam kebun pisangSekeluarga kena scam! bertunang lebih setahun,sampai masa nak kahwin rupa-rupanya tunangan adalah isteri orang ada 2 anakPasangan pengantin terima kalungan duit sebagai hadiah, sampai tak nampak leher

About Mat Lan Editor

Check Also

aman-palestin-dakwa-sprm-bermiat-jahat,-beri-tempoh-3-hari-nyah-beku-akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun. Aman Palestin …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments