Budak lelaki melecur seluruh badan ketika ambil bola dalam bilik janakuasa elektrik TNB

Budak lelaki melecur seluruh badan ketika ambil bola dalam bilik janakuasa elektrik TNB.

Kanak-kanak lelaki yang masuk ke bilik stesen janakuasa elektrik TNB untuk mengambil bola, melecur selepas tersentuh alatan elektrik di dalam bilik itu.

Balai bomba dan penyelamat Bayan Baru dimaklumkan mengenai kejadian di Taman Sri Bayu di sini, pada 4.55 petang.

Komander Operasi Mohamad Hirman Mat Rodzi berkata, ketika tiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati kanak-kanak berusia 12 tahun itu mengalami lecur teruk.

“Mangsa dibawa oleh paramedik untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Hirman berkata, pasukannya menjalankan pemeriksaan rapi di kawasan bagi memastikan tiada lagi bahaya sebelum kes diserahkan kepada TNB.

Katanya, operasi itu ditamatkan pada 5.43 petang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Kamarul Rizal Jenal mengesahkan kejadian itu.

“Kanak-kanak itu memasuki bilik stesen janakuasa untuk mengambil bolanya sebelum dia terjatuh,” katanya.

Video kejadian malang itu turut tular di media sosial.

Baca Lagi:Wanita ‘kantoi’ menyamar sebagai doktor Palestin bertugas di Hospital Al-Shifa di Gaza, tuduh Hamas serang hospitalPembunuh Along Spoon bebas hari ini selepas penjara 33 tahun4 gadis sedang berkelah bawah pokok bertempiaran lari dikejar ular tedung

About Mat Lan Editor

Check Also

aman-palestin-dakwa-sprm-bermiat-jahat,-beri-tempoh-3-hari-nyah-beku-akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun. Aman Palestin …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments