Selepas seminggu sokong PM, MP Jeli sahkan dapat peruntukan sebanyak RM300,000

Selepas seminggu sokong PM, MP Jeli sahkan dapat peruntukan sebanyak RM300,000.

Selepas seminggu mengisytiharkan menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik mengesahkan beliau sudah mendapat peruntukan sebanyak RM300,000.

Zahari berkata, peruntukan berkenaan diterima semalam selepas seminggu iaitu Khamis lalu beliau mengumumkan sokongan berkenaan.

“Peruntukan berkenaan dimasukkan ke dalam akaun Pusat Khidmat Parlimen untuk digunakan kepada komuniti masyarakat Jeli dan akan digunakan sebaik mungkin.

“Saya berterima kasih kepada Kerajaan Perpaduan kerana menyalurkan sumbangan berkenaan dan ia membantu saya menyelesaikan beberqpa perkara,” katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Zahari berkata, peruntukan berkenaan adalah untuk rakyat, bukannya untuk kegunaan beliau.

“Apa yang saya lakukan ini adalah untuk rakyat. Peruntukan ini untuk program kemasyarakatan, bantuan orang sakit, bantu baran bukan kerajaan (NGO) dan bantuan kepada murid dan pelajar sekolah.

“Saya rela dimaki dan dikeji oleh orang ramai atas tindakan yang saya lakukan, namun apa yang saya lakukan adalah demi rakyat dan peruntukan ini sangat membantu 60,000 penduduk di Jeli,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Zahari mengisytiharkan menyokong kepimpinan Perdana Menteri selepas Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim berbuat demikian.

Keputusan itu dibuat selepas pihaknya meneliti dan memperhalusi sehabis baik tentang kos sara hidup rakyat dan keperluan asas yang perlu dipertingkatkan di kawasan Parlimen Jeli.

Baca Lagi:Pemilik akaun TikTok tular video pemandu bas wanita bercumbuan mohon maafJohor warta 81km kadar baharu 2 marhalah, boleh solat jamak dan qasarPeguam veteran Perancis kumpul 300 peguam di serata benua dunia mahu heret zionis ke Mahkamah

About Mat Lan Editor

Check Also

iran-siap-sedia-‘senjata-rahsia’-jika-israel-bedil-tehran

Iran siap sedia ‘senjata rahsia’ jika Israel bedil Tehran

Iran memberi amaran keras bahawa mereka akan menggunakan senjata yang belum pernah digunakan sebelum ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments