Tak dapat jadi Exco, Adun Kuala Perlis desak MB Perlis letak jawatan

Tak dapat jadi Exco, Adun Kuala Perlis desak MB Perlis letak jawatan.

Suhu politik di negeri ini bertukar panas apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis, Abu Bakar Hamzah mendesak Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli meletak jawatan.

Menurut Abu Bakar, dia mendakwa dirinya dinafikan hak sebanyak dua kali sebagai Exco kerajaan negeri dan keputusan dilakukan Mohd. Shukri membelakangkan keputusan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menamakannya untuk jawatan tersebut.

“Saya rasa kesal dengan tindakan Menteri Besar Perlis bukan kerana tidak dilantik tetapi beliau tidak mengendahkan surat daripada Presiden Bersatu yang menyarankan saya dilantik untuk jawatan berkenaan (Exco).

“Saya rasa ini tidak harus berlaku kerana melanggar arahan Persiden Bersatu supaya perkara ini (pelantikan Exco) dapat dibincangkan,” katanya selepas Majlis Angkat Sumpah dan Pelantikan Exco Kerajaan Negeri di Istana Arau, di sini hari ini.

Terdahulu, Abu Bakar mendakwa pihaknya telah menyerahkan surat daripada Muhyiddin kepada Mohd. Shukri melalui wakil Bersatu pada Jumaat lalu yang mencadangkan namanya sebagai exco bagi tahun kedua pentadbiran kerajaan negeri ini.

Sementara itu, Abu Bakar berkata, Mohd. Shukri sewajarnya berbincang terlebih dahulu berhubung pelantikan Exco berkenaan sebelum membuat sebarang keputusan.

Tambahnya, jawatan Exco kanan atau speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pentadbiran negeri ketika ini juga sewajarnya diberi kepada wakil parti Bersatu bagi menunjukkan kebersamaan dalam PN.

Sementara itu, Mohd. Shukri berkata, dia tidak akan melayan desakan Abu Bakar dan memaklumkan akan bertemu Muhyiddin bagi membincangkan mengenai perkara itu.

Sumber

Baca Lagi:Wanita ‘kantoi’ menyamar sebagai doktor Palestin bertugas di Hospital Al-Shifa di Gaza, tuduh Hamas serang hospitalPeguam veteran Perancis kumpul 300 peguam di serata benua dunia mahu heret zionis ke MahkamahSelepas seminggu sokong PM, MP Jeli sahkan dapat peruntukan sebanyak RM300,000

About Mat Lan Editor

Check Also

perlu-sediakan-rm1-bilion-jika-10-mp-umno-nak-sertai-pn-–-ahmad-maslan

Perlu sediakan RM1 bilion jika 10 MP Umno nak sertai PN – Ahmad Maslan

Perlu sediakan RM1 bilion jika 10 MP Umno nak sertai PN – Ahmad Maslan. Spekulasi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments