Lelaki hilang dalam kebun sawit pulang ke rumah selepas penduduk kampung laungkan azan

Lelaki hilang dalam kebun sawit pulang ke rumah selepas penduduk kampung laungkan azan.

Seorang lelaki akhirnya pulang ke rumahnya selepas laungan azan dikumandangkan di tempat dia hilang di sebuah ladang kelapa sawit di Jambi, lapor portal berita Tribun Medan semalam.

Bagaimanapun, lelaki tersebut pulang pada jam 1 pagi dalam keadaan yang bingung, manakala berita tentang kepulangannya ditularkan di laman perkongsian video, TikTok menerusi akaun @dedyirfansyah07.

Dalam video tersebut, sejumlah orang dewasa kelihatan mencari lelaki tersebut yang dikenali sebagai Usman di sebuah ladang kelapa sawit. Mereka menggunakan jamung untuk menerangi kegelapan malam sambil berteriak namanya.

“Man, balik man,” teriak seorang penduduk.

Selain membawa jamung, mereka juga membawa peralatan dapur yang dibunyikan sambil mencari Usman.

@dedyirfansyah07 Crita nya tadi malam ada org hilang sampe sekampung geger mencari nya #fyp #viral #sawit #viraltiktok #viralvideo ♬ suara asli – New Cah KebonSelepas usaha mencari tidak membuahkan hasil, sejumlah penduduk akhirnya berkumpul di tengah ladang kelapa sawit dengan seorang dari mereka melaungkan azan dengan harapan lelaki tersebut kembali.

Pada akhirnya, Usman ditemui dan kembali ke rumahnya manakala netizen yang memuat naik video penemuannya menyampaikan rasa syukurnya.

Baca Lagi:Johor warta 81km kadar baharu 2 marhalah, boleh solat jamak dan qasar4 gadis sedang berkelah bawah pokok bertempiaran lari dikejar ular tedungSekeluarga kena scam! bertunang lebih setahun,sampai masa nak kahwin rupa-rupanya tunangan adalah isteri orang ada 2 anak

About Mat Lan Editor

Check Also

perlu-sediakan-rm1-bilion-jika-10-mp-umno-nak-sertai-pn-–-ahmad-maslan

Perlu sediakan RM1 bilion jika 10 MP Umno nak sertai PN – Ahmad Maslan

Perlu sediakan RM1 bilion jika 10 MP Umno nak sertai PN – Ahmad Maslan. Spekulasi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments