Penyanyi, Nabila Razali sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan dengan sekali lafaz

Penyanyi, Nabila Razali sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan dengan sekali lafaz.

Penyanyi, Nabila Razali, 31, sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Nik Iruwan Nik Izani, 38, dengan sekali lafaz, kira-kira jam 10.11 pagi tadi.

Pasangan mempelai itu dinikahkan Ustaz Fawwaz Zarin Che Lah pada majlis yang berlangsung di sebuah resort di Bukit Tinggi, Pahang.

Pada majlis bertemakan English Garden itu, Nabila atau nama sebenar, Nur Nabila Mohd Razali menerima mas kahwin bernilai RM22.50 manakala wang hantaran dirahsiakan.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Pematah Hati itu bersyukur majlis dirancang lancar serta berterima kasih kepada keluarga, rakan dan peminat yang sentiasa mendoakan kebaikan untuk dirinya.

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi majlis pernikahan lancar

“Terima kasih kepada tetamu dan ahli keluarga yang menjayakan majlis ini dan tidak lupa kepada peminat atas doa dan sokongan yang diberi kepada Bella dan suami,” katanya dalam kenyataan.

Majlis itu dihadiri kira-kira 250 tetamu merangkumi ahli keluarga, rakan terdekat dan selebriti. Turut hadir tetamu VIP dan rakan niaga pengantin.

Antara selebriti yang hadir adalah Hawa Rizwana, Amira Othman, Wany Hasrita, Ara Johari, Sissy Iman, Hael Husaini dan ramai lagi

Pasangan itu bakal diraikan dalam majlis resepsi bertemakan Garden Party formal, petang ini, di lokasi sama.

Sebelum ini, timbul gosip mendakwa majlis pernikahan Nabila dengan ahli perniagaan yang juga bekas pelumba kereta bakal disatukan pada ulang tahun ke-31 penyanyi itu, Isnin lalu.

Bagaimanapun, ia sekadar pengumuman Nabila yang menerima lamaran Nik Iruwan melalui perkongsian foto romantis di Instagram (IG).

Baca Lagi:‘Pan Gon marah macam harimau’ – Faizal Halim dedah situasi di bilik persalinan‘Mr. H’ arahkan saya rakam perbualan dengan Mohammad Agus – WahabAgus dan Wahab tampil nafi berbual lucah, dakwa konspirasi terancang dilakukan oleh ‘Mr H’

About Mat Lan Editor

Check Also

perlu-sediakan-rm1-bilion-jika-10-mp-umno-nak-sertai-pn-–-ahmad-maslan

Perlu sediakan RM1 bilion jika 10 MP Umno nak sertai PN – Ahmad Maslan

Perlu sediakan RM1 bilion jika 10 MP Umno nak sertai PN – Ahmad Maslan. Spekulasi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments