Gambar ‘Selfie’ baru Mawar Rashid undang pelbagai reaksi netizen, ada yang perasan sesuatu…

Gambar ‘Selfie’ baru Mawar Rashid undang pelbagai reaksi netizen, ada yang perasan sesuatu…

Sejak mengumumkan dirinya kembali tidak memakai hijab, apa sahaja hantaran dimuat naik oleh Mawar Rashid pasti meraih perhatian dan banyak komen daripada warganet.

Terbaru, isteri kepada Raf Yaacob itu ada memuat naik beberapa keping gambar di Instagram dan ia mengundang pelbagai jenis komen termasuklah nasihat daripada pengikutnya.

Menerusi ruangan komen, sesetengah individu menyindir Mawar apabila dikatakan ‘on off’ memakai tudung seperti yang dilihat di hantaran Instagram.

Namun, ramai yang menyedari perkara lain dan menyuarakan pendapat yang sama di mana menurut mereka sejak membuka tudung, wajah Mawar sudah tidak ada seri.

Ada yang turut jujur mengakui mereka sudah mula meluat dengan posting dimuat naik Mawar malah ada juga yang menganggap dia mahukan perhatian.

Dalam pada itu, segelintir individu sempat menitipkan nasihat kepada Mawar dengan berpesan agar dia bermuhasabah diri dan kembali memakai tudung.

Baca Lagi:‘Nak bergaya tapi menipu, kalau ‘sengkek’ pergi potong kat mamak je lah’ – Lelaki cabut lari lepas kena caj RM890 di salon rambutBangkai cicak dalam hidangan samosa goreng, anak perempuan muntah teruk dikejar ke hospitalBudak mengaku berasal dari planet Marikh, dakwa penghuni Marikh menetap bawah tanah bernafas guna gas karbonat

About Mat Lan Editor

Check Also

perlu-sediakan-rm1-bilion-jika-10-mp-umno-nak-sertai-pn-–-ahmad-maslan

Perlu sediakan RM1 bilion jika 10 MP Umno nak sertai PN – Ahmad Maslan

Perlu sediakan RM1 bilion jika 10 MP Umno nak sertai PN – Ahmad Maslan. Spekulasi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments