Tip elak sinki tersumbat, tukang paip ini kongsi petua.
Alamak! Sinki dapur dah tersumbat. Jangan risau, tukang paip ini berkongs tip elak sinki tersumbat tanpa perlu keluarkan banyak kos membaiki.
Memastikan sinki dapur bersih membantu menghalang pertumbuhan bakteria dan acuan yang boleh menyebabkan penyakit.
Dapur adalah tempat penyediaan makanan, dan kebersihan di kawasan ini sangat penting untuk mengekalkan kesihatan keluarga.
Sinki tersumbat adalah masalah biasa yang boleh berlaku jika sisa makanan atau gris memasuki sistem pembuangan. Dengan membersihkan sinki secara kerap, anda boleh mengelakkan penyumbatan yang memerlukan pembaikan dan penyelenggaraan tambahan.
Malah, sebagai langkah berjaga-jaga agar aliran singki kekal lancar, anda boleh mencuba menggunakan kaedah yang dikongsikan oleh Encik Kom Hameed ini.
Menurut lelaki ini, tip ini diperolehi daripada tukang paip sendiri untuk elak sinki tersumbat.
Ada seorang plumber ini pernah bagi tips maintenance sinki untuk elak tersumbat. Tutup lubang sinki dan tadah air dalam sinki semaksimum mungkin. Bila sudah penuh, lepaskan serentak. Buat sekurang-kurangnya sebulan sekali.
Memang jadi! Sinki susah nak tersumbat!
Daya tolakan air yang kuat ini akan flush semua kotoran dalam saluran dan tak ada kesan kat sinki berbanding pakai asid atau soda bikarbonat.
Oleh itu, pastikan sinki dapur bersih dan menjaganya. Bukan sahaja dari segi aspek kebersihan, tetapi juga kena rajin selenggara dapur sinki supaya tiada masalah di kemudian hari.
Semoga bermanfaat.
Baca Lagi:Masih ramai tak tahu lampu isyarat ada ‘loop’ sensor, kena berhenti diatas baru lampu bertukar warnaRamai yang tak tahu rupanya rumah pasang lampu kuning lagi selamat daripada lampu putih, ini sebabnyaPeti ais anda boleh meletup! jika 4 barang ini ditempatkan di dalam peti ais