5 Tip jimat minyak semasa memandu

5 Tip jimat minyak semasa memandu.

Tidak dapat dinafikan, kereta merupakan salah satu komitmen yang besar apatah lagi jika tinggal di kawasan bandar kerana perlu menyediakan peruntukan besar untuk minyak, tol dan kos penyelenggaraan bulanan.

Kesesakan trafik yang teruk secara tidak langsung menyebabkan penggunaan minyak petrol meningkat.

Rata-rata pemandu di jalan raya pasti mempunyai kebimbangan yang sama iaitu bagaimanakah caranya untuk mengurangkan penggunaan minyak petrol ketika memandu.

Menerusi perkongsian di Cars Direct, Relevan menghuraikan lima tip pemanduan yang dapat membantu mengurangkan penggunaan minyak petrol ketika memandu.

Memandu hanya bila perluCara paling berkesan untuk mengurangkan penggunaan bahan api adalah dengan mengurangkan kekerapan memandu sekiranya mampu. Andai kata destinasi anda berdekatan, pertimbangkan untuk berjalan, menunggang motosikal atau basikal jika ada.

Seandainya tempat tinggal anda mempunyai akses yang dekat dan mudah dengan pengangkutan awam rangkaian rel seperti komuter, Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT), gunakan perkhidmatan awam yang ada sebaik mungkin.

Tekan pedal pemecut berpada-padaSemasa memandu, sentiasa gunakan tekanan yang stabil dan konsisten pada pedal pemecut kereta. Lebih kerap anda memecut, lebih banyak penggunaan petrol kereta.

Jika kereta anda mempunyai turbo, cuba elakkan untuk menggunakan turbo dengan kerap kerana ia melibatkan penggunaan bahan api yang tinggi.

Kekalkan pemanduan yang santai dan tidak memandu pada tahap Revolutions Per Minute (RPM) yang terlalu tinggi. Jika anda memandu kereta pada tahap RPM yang lebih tinggi, penggunaan minyak kereta juga meningkat.

Elakkan memandu pada kelajuan yang tinggiMenurut ujian yang dijalankan oleh CRS Automotive, apabila anda mengubah kelajuan naik dan turun antara 75 dan 85 kilometer sejam, setiap 18 saat berpotensi meningkatkan penggunaan bahan api sebanyak 20 peratus.

Ini adalah kerana apabila memandu pada kelajuan yang tinggi, ia akan memaksa enjin kereta untuk bekerja dengan lebih dan mendorong kepada penggunaan petrol yang tinggi.

Justeru, adalah lebih baik jika anda memandu tidak melebihi had kelajuan dan amalkan pemanduan pada kelajuan yang stabil. Selain menjimatkan penggunaan petrol, anda juga telah melatih diri untuk menjadi pemandu yang lebih berhemah.

Gunakan penyaman udara berpada-padaPenggunaan penyaman udara dengan kadar yang tinggi dikatakan akan meningkatkan penggunaan petrol sebanyak 20 peratus. Gunakan pilihan edaran semula (re-circulate) untuk meminimumkan penggunaan petrol.

Sebagai alternatif, tetapan kipas biasa pada kenderaan juga boleh memberikan pengudaraan yang mencukupi untuk memastikan pemanduan yang selesa.

Anda juga boleh menurunkan tingkap semasa memandu. Tetapi, sekiranya memandu pada kelajuan yang tinggi, dinasihatkan untuk menaikkan tingkap kerana ia akan menghasilkan lebih banyak rintangan seretan dan angin untuk kereta. Secara tidak langsung akan meningkatkan penggunaan petrol.

Gantikan penapis udara yang kotorPenapis udara yang kotor akan memaksa enjin bekerja lebih keras daripada yang sepatutnya. Keadaan ini akan mengakibatkan penggunaan bahan api yang lebih tinggi. Jadi, pastikan anda mengikut saranan pengilang untuk menukar penapis udara secara berkala.

Jika penapis udara kotor, ia akan menyukarkan laluan udara ke enjin. Ia boleh menjejaskan prestasi enjin. Enjin anda memerlukan oksigen untuk bahan api terbakar. Kurangnya aliran udara boleh menjejaskan kuasa, pecutan dan daya putaran enjin (tork) kereta.

Selain itu, kegagalan menukar penapis udara boleh membawa kepada masalah lain, termasuk enjin tercekik atau terlalu panas kerana nisbah udara kepada bahan api yang tidak baik.

Penapis udara yang bersih membolehkan enjin anda berfungsi dengan lebih cekap dan juga mengelakkan pembaziran petrol.

Baca Lagi:Ramai yang tak tahu rupanya rumah pasang lampu kuning lagi selamat daripada lampu putih, ini sebabnyaPeti ais anda boleh meletup! jika 4 barang ini ditempatkan di dalam peti aisTular video pekerja restoran ‘Nasi Kandar’ buat kerja sambil pakai spender, netizen bengang tak tahu nama restoran dan lokasi

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments