Makcik Kemboja sedih, tuju video kepada TMJ mohon maaf

Makcik Kemboja sedih, tuju video kepada TMJ mohon maaf.

Kecoh beberapa hari ini mengenai seorang usahawan wanita yang mengakui dirinya berketurunan Kemboja membuat kenyataan sensitif mengenai orang Melayu.

Kenyataan itu telah menyebabkan dirinya dikecam hebat sehingga ada yang meminta Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengambil tindakan terhadap usahawan yang berniaga di Skudai.

Terbaharu, wanita itu yang turut dikenali sebagai Madame Mariyah membuat satu lagi video yang ditujukan kepada Tunku Ismail.

Menerusi video yang berdurasi satu minit itu, Mariyah mengucapkan ribuan terima kasih kepada TMJ kerana memberi keizinan untuk dirinya menjalankan perniagaan di Johor.

Katanya, dia bangga menjadi rakyat negeri Johor dan ingin membantu lebih ramai orang dalam mencari rezeki.

“Ampun Tuanku, beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun. Patik Mariyah binti Yaakob daripada Mariyah Holding Sdn Bhd mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuanku.

@mariyahholdingsmenjunjung kasih Tunku 😭❤️💙🙏🏻♬ Sad and lonely – MoppySound

“Patik bangga menjadi rakyat negeri Johor. Patik terlalu sedih. Terima kasih Tunku. Patik bangga menjadi rakyat negeri Johor.

“Patik bangga menjadi rakyat negeri Johor, dapat berniaga di negeri Johor. Patik nak bantu lebih ramai orang lagi Tunku. Terima kasih sangat-sangat,” katanya.

Dalam video itu, dia turut memuat naik satu tangkap layar yang memaparkan respon TMJ di platform X selepas pengguna media sosial itu memohon agar mengambil tindakan terhadap usahawan wanita itu.

Dalam perkembangan lain, pihak polis telah menerima 14 laporan berhubung video tular usahawan terbabit.

Baca Lagi:8 tips elak disambar petir boleh membawa maut, antaranya jangan gunakan telefon berkabel!Kecoh! Pengadil dikejar pemain, pegawai PBT di kejohanan 9 sebelahWanita meraung histeria selepas anak 15 bulan dilarikan dua beranak

About Mat Lan Editor

Check Also

‘gajah-rempuh-kereta-aku!-syukur-semua-selamat-kereta-boleh-baiki’

‘Gajah rempuh kereta aku! syukur semua selamat kereta boleh baiki’

Sebuah keluarga berdepan detik cemas setelah kenderaan yang dinaiki dirempuh seekor gajah ketika melalui Lebuhraya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments