Dakwaan larang takbir, qunut nazilah di sekolah: Fadhlina beri 48 jam kepada MP Jasin, Harakahdaily tarik balik artikel

Dakwaan larang takbir, qunut nazilah di sekolah: Fadhlina beri 48 jam kepada MP Jasin, Harakahdaily tarik balik artikel

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengemukakan surat tuntutan (LOD) kepada Ahli Parlimen Jasin Zulkifli Ismail dan portal Harakahdaily dengan memberikan tempoh 48 jam supaya menarik balik artikel yang didakwa memfitnahnya.

Ahli parlimen Nibong Tebal itu mengemukakan surat tuntutan itu semalam melalui firma guaman Tetuan Ibrahim & Fuaadah berhubung artikel disiarkan Harakahdaily bertajuk “Ajaran Siapa Tak Boleh Takbir di Sekolah?” yang diterbitkan pada 6 November lalu.

Artikel terbabit berhubung kononnya terdapat arahan oleh Menteri Pendidikan supaya takbir dan bacaan doa Qunut Nazilah tidak dibenarkan ketika penganjuran Minggu Solidariti Palestin di sekolah seluruh negara.

Fadhlina menuntut Zulkifli dan Harakahdaily dalam tempoh 48 jam daripada penerimaan surat terbabit, untuk menyiarkan penarikan balik artikel itu dalam semua platform mereka dan memohon maaf tanoa syarat seperti yang diluluskan peguam.

Mereka juga dituntut memberikan aku janji dan jaminan bertulis untuk tidak akan menyiarkan dan menyebarkan apa-apa pernyataan fitnah terhadap Fadhlina, serta membayar ganti rugi RM500,000 bagi kecederaan terhadap reputasi dan nama baik menteri terbabit.

Jika gagal memenuhi tuntutan itu, Fadhlina menerusi peguam akan meneruskan tindakan undang-undang tanpa notis selanjutnya.

Surat tuntutan terbabit menyatakan Fadhlina menegaskan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia atau beliau sendiri tidak pernah mengeluarkan sebarang bentuk larangan untuk membuat bacaan Qunut Nazilah atau takbir hagi sambutan Minggu Solidariti Palestin di sekolah seluruh Malaysia.

Jelas surat itu, seperti ditegaskan dalam Sidang Parlimen bertarikh 2 November lalu, sambutan Minggu Solidariti Palestin yang antaranya untuk mendidik anak-anak di sekolah dengan nilai kemanusiaan dan pendidikan kedamaian, seharusnya disambut berdasarkan corak latar belakang sekolah yang bersifat dinamik dengan pelbagai kepercayaan masing-masing.

“Ia adalah terserah kepada guru di sekolah berkenaan untuk menentukan cara yang terbaik bagi sambutan kerana Kementerian Pendidikan percaya bahawa hanya guru lebih mengenali dan memahami latar belakang sekolah masing-masing.

“Anak guam kami seterusnya menyatakan bahawa kenyataan berkenaan menjatuhkan reputasi beliau dan nama baik Kementerian Pendidikan Malaysia pada pandangan seluruh rakyat Malaysia yang mana heliau disifatkan sebagai seorang penipu yang tidak jujur dalam beragama, membuat keputusan yang berbolak-balik dan tidak boleh dipercayai kerana tidak berpegang teguh kepada ajaran Islam yang sebenar.

“Anak guam kami secara jelas juga dilabel sebagai ‘munafik’ yang dapat difahami dalam kalangan orang Islam sebagai seorang yang disebut fasik atau ‘jahat di dalam Al-Quran kerana berpura-pura menunjukkan keimanan,” kata surat itu.

Jelas surat tuntutan itu lagi, kenyataan berkenaan juga sama sekali tidak menggambarkan situasi sebenar berkenaan pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin yang disyorkan oleh Kementerian Pendidikan.

Baca Lagi:Coldplay sampai Malaysia dah! Vokalis Chris Martin siap sujud cium tanah sejurus turun pesawat“Dengar bunyi ketukan pun dah seram” – Misteri ketukan pintu tanpa salam hantui penduduk KluangTak sampai 20 minit keluar rumah, lelaki terkejut lihat jantan lain bersama isteri atas katil

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments