Ikan tapah gergasi muncul di Manir tanda banjir besar akan berlaku?

Ikan tapah gergasi muncul di Manir tanda banjir besar akan berlaku?

Orang ramai dinasihatkan tidak terlalu panik dengan penemuan beberapa ekor ikan tapah bersaiz gergasi di Manir di sini beberapa hari lalu yang kononnya dikaitkan dengan kemungkinan banjir besar.

Ikan-ikan tapah yang dianggarkan seberat mececah 10 kilogram setiap seekor itu berjaya ditangkap penduduk setelah dihanyutkan banjir dari limpahan Sungai Nerus dekat sini pada Isnin lalu.

Pengarah Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof. Madya Dr. Amirrudin Ahmad berkata, kemunculan ikan tapah bersaiz gergasi tersebut tidak boleh dianggap sebagai petanda malapetaka bakal berlaku di negeri ini.

Beliau berkata, tiada dapatan sains boleh mengaitkan kemunculan ikan bersaiz mega sama ada di sungai mahupun laut sebagai indikator berlakunya banjir besar.

“Setakat ini, tiada hujah membuktikan kearifan tempatan, pengalaman, ramalan atau firasat dengan sesuatu bencana masa depan.

“Jangan terlalu taksub dengan kisah tular seperti ini. Cukuplah kita sentiasa berwaspada tentang segala kemungkinan pada Monsun Timur Laut (MTL) ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Terdahulu, klip video berdurasi 17 saat memaparkan kejayaan seorang penduduk berjaya menangkap ikan tapah bersaiz gergasi yang dihanyutkan banjir tular di media sosial sejak kelmarin.

Baca Lagi:Penampakan objek tidak dikenali di lapangan terbang, Jet tempur India dikerah buru ‘UFO’Cara mohon rebat RM2,400 motosikal elektrik akan diumumkan pada 8 disember ini5 Tip jimat minyak semasa memandu

About Mat Lan Editor

Check Also

pesilat-sukma-terengganu-meninggal-dunia-setelah-terkena-tendangan-maut-pihak-lawan

Pesilat Sukma Terengganu meninggal dunia setelah terkena tendangan maut pihak lawan

Atlet silat Sukan Malaysia (Sukma) Terengganu, Wan Muhammad Haikal Wan Hussin, 21, meninggal dunia selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments