85,000 penonton jadi saksi lelaki lamar kekasih di konsert Coldplay

85,000 penonton jadi saksi lelaki lamar kekasih di konsert Coldplay.

Tular video di media sosial, seorang lelaki dengan berani melamar kekasihnya ketika saat menyaksikan konsert Coldplay yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, malam tadi.

Dalam pada itu, kira-kira 85,000 penonton yang hadir di stadium menjadi saksi momen terindah pasangan tersebut.

Menerusi perkongsian pengguna aplikasi X, Isman Kamarul, dapat dilihat lelaki tersebut melutut di hadapan teman wanitanya dan menyuakan sebentuk cincin kepada wanita itu.

Sambil tersenyum malu, wanita berkenaan mengangguk tanda dia bersetuju dan menerima lamaran kekasihnya dan akhirnya kedua mereka berpelukan.

COUPLE GOT ENGAGED WAKTU YELLOW GUYS!

MY SECTION 202 OKAY

CONGRATS TO THE COUPLE 💕💕💕#COLDPLAYinKL –#ColdplayKualaLumpur pic.twitter.com/r0tmy6iMls

— Kai (@IsmanKamarul) November 22, 2023

Susulan itu, orang ramai yang menyaksikan adegan romantis tersebut bersorak memberi sokongan kepada pasangan terbabit.

Berlatarkan suasana konsert yang penuh dengan lampu LED ia memberi sentuhan romantis terhadap lamaran lelaki tersebut.

Terdahulu, tular juga sepasang kekasih di Indonesia melakukan adegan lamaran ketika berada di konsert Coldplay yang berlangsung di Jakarta pada 15 November lalu.

Semalam, kumpulan rock dari Britain, Coldplay berjaya menyelesaikan siri jelajah Music Of The Spheres World Tour (MOTSWT) di Stadium Nasional Bukit Jalil dan akan menggegarkan Singapura pula selama enam hari pada Januari tahun depan.

Baca Lagi:Guru jadi jutawan selepas menang cabutan BSN Sijil Simpanan Premium sebanyak RM1 jutaSeram! Lelaki nyaris terbabas ketika memandu setelah lihat pontianak atas bumbung keretaTeka-teki status perkahwinan pelakon Mawar Rashid akhirnya terjawab

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments