Pereka fesyen terkenal dedah harga busana berona emas Aina Abdul cecah RM120,000

Pereka fesyen terkenal dedah harga busana berona emas Aina Abdul cecah RM120,000.

Pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail mendedahkan harga busana berona emas yang digayakan penyanyi Aina Abdul pada konsert A Night With Aina Abdul 3.0 mencecah nilai RM120,000.

Menurut Ezuwan, busana yang berkonsepkan ‘Queen Of Gold’ itu memakan masa selama dua minggu untuk disiapkan dan fabrik serta bahannya di import dari luar negara.

Fabrik emas ni memang tak dijual di sini (Malaysia). Nak tak nak, kena beli dekat luar negara termasuklah batu-batu yang memenuhi busanan tersebut.

Antara batu perhiasan yang digunakan ialah mutiara, berlian serta dihiasi manis dan labuci.

Selepas ia siap, berat keseluruhan kostum tersebut dianggarkan mencecah sehingga 40 kilogram termasuk cape.

Baju ini adalah jahitan tangan sepenuhnya seperti mana diminta oleh Aina sendiri. Ini bagi memastikan kualiti jahitan terjamin.

Dalam masa sama, Ezuwan yang turut menyaksikan persembahan Aina pada konsert tersebut menzahirkan kepuasannya melihat pelantun lagu Semalam itu muncul di pentas bersama busana rekaannya.

Satu kepuasan apabila pakaian yang dihasilkan selama dua minggu ini dilihat gah dipakai oleh Aina. Saya anggap ini satu penghormatan dapat bekerjasama dengan Aina dalam konsert meganya.

Terdahulu, Aina mengenakan busana rekaan Ezuwan pada segmen keempat konsert A Night With Aina Abdul 3.0 yang berlangsung di Axiata Arena, hujung minggu lalu.

Aina berjaya memukau hampir 10,000 penonton yang hadir pada konsert tersebut.

Baca Lagi:Kecoh pelanggan letak anjing dalam troli, staf pasaraya terpaksa samak semua troliDituduh rosakkan dinding sampai cat tertanggal, tetamu bengang wang deposit dibekukan oleh pemilik ‘homestay’Pengantin terkejut tetamu hulur wang fotokopi semasa salam kaut

About Mat Lan Editor

Check Also

‘gajah-rempuh-kereta-aku!-syukur-semua-selamat-kereta-boleh-baiki’

‘Gajah rempuh kereta aku! syukur semua selamat kereta boleh baiki’

Sebuah keluarga berdepan detik cemas setelah kenderaan yang dinaiki dirempuh seekor gajah ketika melalui Lebuhraya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments