Seram! Lelaki nyaris terbabas ketika memandu setelah lihat pontianak atas bumbung kereta

Seram! Lelaki nyaris terbabas ketika memandu setelah lihat pontianak atas bumbung kereta

Penampakan lembaga menyerupai wanita berpakaian serba putih dan berambut panjang di atas bumbung sebuah kereta yang kelihatan seakan-akan puntianak, nyaris menyebabkan kemalangan jalan raya pada waktu malam.

Laman berita Thaiger melaporkan, klip video yang memaparkan susuk menyeramkan itu telah dimuat naik di akaun TikTok

@c.aphisama.

“Saya hampir terbabas setelah melihat ini (lembaga) pada pukul 11 malam. Saya fikir ia adalah hantu di atas bumbung. Ia hanya duduk di atas sana dengan rambut panjang dan berpakaian putih,” demikian menurut keterangan video itu.

Individu tersebut dikatakan merakam lembaga itu di atas sebuah kereta yang bergerak di hadapan kenderaannya. Keadaan sekeliling pula kelihatan gelap-gelita dan hanya diterangi lampu jalan.

Selepas video itu tular, akaun TikTok yang sama memuat naik satu lagi video selepas netizen mempersoalkan kesahihan rakaman tersebut.

Video kedua memaparkan rakaman dari jarak lebih dekat ketika kereta perakam bertindak memotong kereta di hadapannya dengan lembaga itu dapat dilihat lebih jelas.

Lihat video disini : https://t.me/NewsViralll/2531

Baca Lagi:Tak sampai 20 minit keluar rumah, lelaki terkejut lihat jantan lain bersama isteri atas katil“Dengar bunyi ketukan pun dah seram” – Misteri ketukan pintu tanpa salam hantui penduduk KluangPenampakan objek tidak dikenali di lapangan terbang, Jet tempur India dikerah buru ‘UFO’

About Mat Lan Editor

Check Also

‘gajah-rempuh-kereta-aku!-syukur-semua-selamat-kereta-boleh-baiki’

‘Gajah rempuh kereta aku! syukur semua selamat kereta boleh baiki’

Sebuah keluarga berdepan detik cemas setelah kenderaan yang dinaiki dirempuh seekor gajah ketika melalui Lebuhraya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments