Teka-teki status perkahwinan pelakon Mawar Rashid akhirnya terjawab

Teka-teki status perkahwinan pelakon Mawar Rashid akhirnya terjawab.

Teka-teki  status perkahwinan pelakon Mawar Rashid akhirnya terjawab apabila suaminya iaitu Raf Yaakob mengesahkan mereka memilih jalan untuk berpisah.

Dalam satu kenyataan, Raf atau Raden Ahmad Faizal Yaakob memberitahu mereka sepakat untuk membawa haluan masing-masing kerana tiada persefahaman.

“Kami berdua bersetuju untuk berpisah atas dasar tiada persefahaman. Hubungan saya dan Mawar akan terus baik,” katanya.

Raf juga memberitahu fokus mereka kini adalah untuk anak-anak dan akan berbincang tentang hak penjagaan bersama.

Malah dengan rasa yang amat sedih dan berat hati, Raf memakumkan keputusan ini adalah jalan terbaik buat mereka.

“Fokus kami sekarang adalah untuk memberi segala keperluan anak-anak.

“Hak penjagaan bersama adalah sangat penting dan kami akan berbincang tentang perkara tersebut.

“Kami amat kecewa untuk berkongsi perkara ini. Bagaimanapun ia adalah yang terbaik buat kami,” ujar.

Spekulasi keretakan rumah tangga Raf dan Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 28, mula menjadi bualan sejak Rabu selepas satu sumber mendedahkan pasangan ini perlu ke mahkamah syariah.

Untuk rekod, Mawar dan Raf disatukan sebagai suami isteri di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur pada tahun 2017.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta, 2, dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan.

Baca Lagi:Kecoh pelanggan letak anjing dalam troli, staf pasaraya terpaksa samak semua troliSanggup beratur seawal 2 pagi semata-mata nak beli ‘seamless bra’10 sebab mengapa umat Islam perlu dihalang daripada menghadiri konsert Coldplay – Ustazah Asma’ Harun

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments