TMJ kongsi gambar terkini padang SNBJ rosak teruk selepas konsert Coldplay

TMJ kongsi gambar terkini padang SNBJ rosak teruk selepas konsert Coldplay.

Padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) terus ‘terluka’ apabila konsert membabitkan kumpulan rock antarabangsa, Coldplay malam kelmarin menyebabkan keadaan rumput rosak teruk.

Situasi terbabit menyakitkan mata memandang rumput SNBJ dijaga seperti ‘ditatang minyak penuh’ bagi memastikan berada dalam keadaan terbaik untuk perlawanan Harimau Malaya namun dirosakkan hanya dalam tempoh sehari saja.

Nasib malang menimpa padang SNBJ itu mendapat perhatian ramai pihak terutamanya pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang berkongsi gambar terkini stadium keramat Harimau Malaya itu di Instagramnya.

Walaupun tidak menulis sebarang kenyataan membabitkan keadaan padang SNBJ itu namun jelas situasi itu sudah pastinya mengecewakan Tunku Ismail kerana beliau adalah individu yang mengeluarkan jutaan ringgit untuk menukarkan rumput SNBJ kepada rumput Zeon Zoysia demi keselesaan Harimau Malaya beraksi di venue itu.

Padang baharu itu menggunakan rumput Zeon Zoysia bagi menggantikan rumput jenis Cow Grass dianggarkan mencecah kos sehingga RM1.4 juta.

Rumput Zeon Zoysia jenis lasak dengan cuaca hujan dan tahan panas berbanding cow grass yang tidak sesuai lagi digunakan untuk bola sepak moden.

Konsert Coldplay yang julung kali diadakan di negara ini mendapat sambutan menggalakkan daripada peminatnya merekodkan jumlah kehadiran mencecah 75,000 peminat.

Sebagai rekod, kualiti padang di SNBJ yang baru selesai dinaik taraf mendapat kritikan hebat daripada banyak pihak susulan rumput di gelanggang rasmi Harimau Malaya itu tercabut di beberapa bahagian padang ketika aksi sulung Pestabola Merdeka 2023, September lalu.

Namun, keadaan padang kembali ke tahap memuaskan pada perlawanan pertama kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 yang menyaksikan Malaysia berjaya menumbangkan Krygyzstan 4-3.

Baca Lagi:Pereka pelamin terkenal meninggal duniaKecoh pelamin pengantin tiba-tiba runtuh ketika sesi bergambarLelaki cipta hotel paling kurus di dunia, punyai 7 bilik dan lebar 2.7 meter

About Mat Lan Editor

Check Also

penyanyi-rap-terkenal-temui-hidayah-ketika-dipuncak-kegemilangan,-cinta-bersemi-ketika-mendengar-azan…

Penyanyi Rap terkenal temui hidayah ketika dipuncak kegemilangan, cinta bersemi ketika mendengar azan…

Laungan azan di sebuah masjid di Dubai menarik minat seorang lelaki kulit hitam yang berada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments