6 beradik rogol budak 11 tahun bergilir-gilir

6 beradik rogol budak 11 tahun bergilir-gilir.

Enam beradik merupakan antara tujuh lelaki yang ditahan selepas dipercayai merogol kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun secara bergilir-gilir di sebuah rumah di daerah ini pada 3 November lalu.

Kesemua suspek berusia 13 hingga 31 tahun dengan empat daripada mereka sudah tidak bersekolah diberkas semalam.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood berkata, pihaknya menerima maklumat selepas ibu mangsa membuat laporan di Balai Polis Gerik pada pukul 9.26 malam, kelmarin.

Menurut laporan wanita berusia 36 tahun itu, suaminya memaklumkan anak perempuan mereka dirogol secara bergilir-gilir dengan kejadian itu sambil disaksikan oleh adik mangsa.

“Siasatan lanjut mendapati, kejadian itu berlaku pada pukul 2 petang, 3 November lalu. Saksi mendakwa melihat tujuh rakan abangnya merogol mangsa dalam sebuah bilik di rumah jiran yang terletak bersebelahan rumah mereka,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, enam daripada tujuh suspek itu merupakan adik-beradik, manakala seorang lagi adalah kenalan mereka.

Saksi juga memberitahu, dia pernah melihat kejadian sama berlaku terhadap kakaknya sebelum ini sebanyak beberapa kali.

“Kesemua suspek direman sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan,” katanya.

Baca Lagi:Pengamal media kecewa ‘Mr H’ tidak muncul setelah 5 jam berkampung di balai polisLelaki cipta hotel paling kurus di dunia, punyai 7 bilik dan lebar 2.7 meterKecoh! Wanita bogel ganggu penumpang di lapangan terbang

About Mat Lan Editor

Check Also

‘gajah-rempuh-kereta-aku!-syukur-semua-selamat-kereta-boleh-baiki’

‘Gajah rempuh kereta aku! syukur semua selamat kereta boleh baiki’

Sebuah keluarga berdepan detik cemas setelah kenderaan yang dinaiki dirempuh seekor gajah ketika melalui Lebuhraya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments