Peminat hamil 7 bulan sanggup tempuh perjalanan ratusan kilometer dari Kelantan demi Coldplay

Peminat hamil 7 bulan sanggup tempuh perjalanan ratusan kilometer dari Kelantan demi Coldplay.

Seorang wanita telah menunjukkan rasa minatnya yang mendalam ke atas Coldplay apabila sanggup melalui perjalanan jauh dari Kelantan untuk tiba ke Kuala Lumpur.

Konsert Coldplay Music of the Spheres telah menjadi fenomena dan menjadi topik hangat yang dibincangkan di media sosial.

Peminat tegar mereka memiliki kisah mereka tersendiri untuk sampai ke Stadium Nasional Bukit Jalil. Salah satu kisah menarik adalah seorang peminat yang hamil 7 bulan sanggup datang dari Kelantan untuk menyaksikan Coldplay.

Wanita tersebut dan adiknya memutuskan untuk ‘terbang’ dari Kelantan semata mata untuk menyaksikan Chris Martin beraksi bersama band-nya Coldplay.

Dia mengakui dia mahu mencipta memori indah bersama adiknya sebelum menerima kelahiran cahaya matanya selepas ini.

Wanita itu berkata: “Saya sedang hamil 7 bulan.”

Dia menyatakan bahawa walaupun sedang hamil 7 bulan itu tidak menghalangnya untuk datang menyaksikan konsert Coldplay di Ibu Negara.

Semuanya sebab minat, tambah wanita itu lagi walaupun mengakui dia juga ada kerisauan tersendiri memandangkan keadaan fizikalnya yang berbadan dua.

@scoopdotmy Walaupun sedang hamil tujuh bulan, ia bukan alasan buat seorang peminat Coldplay, Siti Zulaikha, 34, untuk hadir menonton konsert kumpulan artis diminatinya itu di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini. Ketika ditemui Scoop, wanita berasal dari Kelantan itu sanggup ‘terbang’ ke Kuala Lumpur bersama adik lelakinya bagi melihat persembahan kumpulan berkenaan. #vivalavida #coldplayinkl2023 #bukitjalilstadium #musicofthespheresworldtour #concerts #coldplayinmalaysia2023 #coldplayconcertinmalaysia #coldplayconcert #coldplay #coldplayinkl ♬ original sound – ScoopdotmyDitanya sejak bila meminati Coldplay, wanita berusia 34 tahun itu menyatakan bahawa dia mulai meminati kumpula pop itu sejak 2010, kerana terpengaruh dengan adiknya yang merupakan peminat fanatik Coldplay.

Konsert Coldplay telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Walaupun pada awalnya mendapat bantahan daripada sesetengah pihak yang meminta agar konsert itu dibatalkan.

Namun kerajaan Malaysia tidak menghalang konsert tersebut dan berjanji akan menggunakan suis pemati jika ada perkara yang bercanggah dengan budaya dan juga norma Malaysia dalam konsert itu.

Baca Lagi:6 beradik rogol budak 11 tahun bergilir-gilirDah lah beratur panjang, sampai giliran nak masuk tiket Coldplay tak ‘valid’, RM70,000 hangus!Penampakan ‘lembaga putih’ di balkoni waktu maghrib undang tanda tanya netizen

About Mat Lan Editor

Check Also

penyanyi-rap-terkenal-temui-hidayah-ketika-dipuncak-kegemilangan,-cinta-bersemi-ketika-mendengar-azan…

Penyanyi Rap terkenal temui hidayah ketika dipuncak kegemilangan, cinta bersemi ketika mendengar azan…

Laungan azan di sebuah masjid di Dubai menarik minat seorang lelaki kulit hitam yang berada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments