Penampakan ‘lembaga putih’ di balkoni waktu maghrib undang tanda tanya netizen

Penampakan ‘lembaga putih’ di balkoni waktu maghrib undang tanda tanya netizen.

Satu kelibat ‘lembaga putih’ berjaya dirakam seorang individu ketika merakam aksi rakan-rakannya sedang menjalankan kerja-kerja menyembur asap bagi menghalau nyamuk (fogging).

Menerusi satu klip video yang dikongsi di laman Facebook Penang Kini, kelihatan ‘entiti’ terbabit berada di kawasan balkoni di tingkat dua sebuah bangunan.

Berdasarkan rakaman itu, jelas kelihatan terbabit sedang memerhati gelagat dua individu sedang melakukan kerja-kerja fogging di kawasan itu.

Menurut perkongsian itu, kejadian terbabit dirakam pada Selasa lalu ketika hampir waktu maghrib.

“Kisah semalam (21/11/2023), jam hampir maghrib, amik (ambil) video kawan buat fogging tiba-tiba baru perasan ada penampakan entiti di belakang. Pertama kali terakam kelibat entiti,”katanya.

pic.twitter.com/MG4XABPIcj

— jijiee malaya (@khairulazizi75) November 24, 2023

Bagaimanapun, rata-rata netizen menafikan apa yang dirakam itu adalah entiti, sebaliknya kata mereka ia adalah seorang wanita yang mengenakan pakaian solat untuk ke masjid memadangkan ketika itu hampir maghrib.

“Mak cik nak pi (pergi) solat maghrib atau memang itu entiti?. Biasanya waktu maghrib macam-macam benda boleh berlaku,”kata Arjuna Beta.

“Siapa tu, tengok tangan macam bertasbih,”kata Nor Asiah Ismail.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Mohd Nadzir Mohajir.

“Sikit-sikit hantu, sikit-sikit entiti, mak cik tu dah siap-siap nak maghrib, korang tak siap-siap fogging,”ujarnya.

Baca Lagi:Guru jadi jutawan selepas menang cabutan BSN Sijil Simpanan Premium sebanyak RM1 jutaKecoh pelamin pengantin tiba-tiba runtuh ketika sesi bergambarDakwaan larang takbir, qunut nazilah di sekolah: Fadhlina beri 48 jam kepada MP Jasin, Harakahdaily tarik balik artikel

About Mat Lan Editor

Check Also

pesilat-sukma-terengganu-meninggal-dunia-setelah-terkena-tendangan-maut-pihak-lawan

Pesilat Sukma Terengganu meninggal dunia setelah terkena tendangan maut pihak lawan

Atlet silat Sukan Malaysia (Sukma) Terengganu, Wan Muhammad Haikal Wan Hussin, 21, meninggal dunia selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments