Juri Masterchef Australia makan nasi lemak guna tangan dapat pujian netizen

Juri Masterchef Australia makan nasi lemak guna tangan dapat pujian netizen.

Klip video juri Masterchef Australia musim ke-14 yang menikmati nasi lemak menggunakan tangan mendapat perhatian dan pujian netizen di laman sosial Tiktok.

Video yang dikongsi pengguna TikTok @auntieshopee_ memaparkan peserta kelahiran Kuala Lumpur, Alvin Quah, menghidangkan nasi lemak sebagai hidangan dalam rancangan televisyen pertandingan memasak itu dan seorang juri iaitu Andy Allen memutuskan untuk makan menggunakan tangannya.

“Juri pun reti (mengerti) ikut style (cara) kita makan pakai tangan, lagi sedap,” kata pengguna Tiktok itu.

Rata-rata netizen lain turut memuji tindakan juri itu.

“Mat Salleh makan nasi lemak guna (tangan), hebat,” kata pengguna @nora zura.

“Suka tengok orang putih makan nasi guna (tangan) …napok kekkok (nampak kekok).. Apa-apa pun terima kasih sebab suka dengan nasi lemak,” kata seorang lagi pengguna @norfatihah.

Pengguna, @Nasrul Ulique Nevil menyifatkan tindakan juri berkulit putih itu yang mana kebiasaannya menggunakan sudu dan garfu untuk makan namun memilih untuk makan menggunakan tangan adalah sesuatu yang luar biasa.

@auntieshopee_ Juri pun reti ikut style kita makan “pakai tangan” lagi sedap 😋😋 #fyp #masterchef #masterchefaustralia #masterchefau #foryoupage #fypシ #fypmalaysia #tiktokmalaysia #nasilemak #paratii #viral #foryou #poh #tiktok ♬ original sound – +99Dalam video itu, para juri dilihat terlebih dahulu berbual dengan Alvin semasa dia menyediakan nasi lemak.

“Masak apa?” tanya seorang juri.

“Nasi Lemak. Jika saya makan ini, saya rasa seperti duduk di tepi jalan raya menikmatinya dengan kopi Malaysia.

“Di sini ada rendang daging dan saya juga sudah pun menyiapkan nasi lemak dengan ada sedikit kacang tanah dan ikan bilis. Saya juga ada jeruk timun dan hanya menunggu telur rebus untuk masak.

“Dan jika saya boleh menyuruh kamu makan (nasi lemak) dengan tangan kamu, saya akan melakukannya,” kata Alvin kepada dua juri.

Klip seterusnya menunjukkan juri-juri disajikan dengan nasi lemak untuk sesi merasa dan penilaian mereka, di mana hakim Andy Allen boleh dilihat serta-merta menggaul nasi lemak dengan tangannya dan makan.

“Memang sedap,” kata Andy sambil terus makan dengan tangannya manakala juri lain hanya memandangnya.

Pada ketika itu, jelas bahawa hanya ada satu perkara di fikiran Andy iaitu nasi lemak.

Baca Lagi:Kes Altantuya: Sirul dakwa jadi kambing hitam, akui terima RM1 juta untuk tutup mulutPeminat hamil 7 bulan sanggup tempuh perjalanan ratusan kilometer dari Kelantan demi ColdplayLelaki tayang kemaluan sambil duduk atas motosikal di Simpang Renggam diburu polis

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments