Lelaki lepas ular tedung dalam bilik tidur bunuh isteri dan anak perempuan 2 tahun

Lelaki lepas ular tedung dalam bilik tidur bunuh isteri dan anak perempuan 2 tahun.

Seorang lelaki berusia 25 tahun di India ditahan semalam atas dakwaan membunuh isteri dan anak perempuannya dengan melepaskan seekor ular berbisa di dalam bilik mereka.

Stesen penyiaran NDTV melaporkan bahawa insiden itu berlaku lebih sebulan setengah lalu di daerah Ganjam, negeri Odisha.

Suspek dikenali sebagai K Ganesh Patra dilaporkan bergaduh dengan isterinya, K Basanti Patra, 23.

Mereka berkahwin pada 2020 dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Debasmita berusia dua tahun.

Ganesh didakwa mendapatkan seekor ular tedung daripada seorang pawang ular selepas berbohong bahawa dia ingin mengadakan upacara keagamaan

Pada 6 Oktober lalu, dia membawa ular tersebut dalam balang plastik dan melepaskan reptilia itu ke dalam bilik tempat isteri dan anak perempuannya tidur.

Kedua-dua mereka ditemui mati akibat dipatuk ular pada keesokan paginya, manakala tertuduh dilaporkan tidur di bilik lain.

“Suspek ditahan lebih sebulan selepas kejadian kerana berlaku sedikit kelewatan untuk mengumpulkan bukti.

“Semasa soal siasat, dia menafikan tuduhan dengan mendakwa ular itu memasuki bilik mangsa dengan sendiri tetapi akhirnya mengaku melakukan jenayah itu,” kata Ketua Polis Ganjam, Jagmohan Meena.

Baca Lagi:Tinggal anak bawah 10 tahun dalam kenderaan boleh didenda lebih RM600Kecoh! Wanita bogel ganggu penumpang di lapangan terbangKecoh pelamin pengantin tiba-tiba runtuh ketika sesi bergambar

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments