Polis Johor nafi ‘escort’ Makcik Kemboja keluar kilang selepas diserbu

Polis Johor nafi ‘escort’ Makcik Kemboja keluar kilang selepas diserbu.

Polis Johor menafikan ada memberi keizinan kepada mana-mana kereta pengiring polis untuk membantu mengiringi perjalanan wanita yang dikenali sebagai ‘Makcik Kemboja’ untuk meninggalkan kilangnya di Skudai, semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, tiada arahan sedemikian dikeluarkan darinya mahupun Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh.

Justeru, beliau meminta orang awam atau saksi tampil kepada pihak polis menyalurkan maklumat jika benar kejadian seumpama itu berlaku.

“Isu ‘escort’ yang dikatakan (menerusi TikTok) itu mana ada berlaku. Saya atau OCPD (Ketua Polis Daerah) tidak ada keluarkan sebarang arahan pun.

“Jadi, siapa yang tahu kes itu, tampil dan beri maklumat pada polis,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mengulas mengenai kekecohan yang berlaku di hadapan kilang milik usahawan wanita berkenaan semalam, Kamarul Zaman berkata, polis hadir di lokasi untuk mengawal situasi dan menjaga keamanan.

“Semalam, kita terima laporan ada berlaku kekecohan beberapa individu datang ke kilang wanita itu. Jadi, polis hadir ke lokasi untuk kawal keadaan. Itu sahaja.

“Isu escort tidak ada. Kita cuma nak jaga keamanan bila ada orang ramai berkumpul di sesuatu lokasi. Ini isu lain, isu yang dilakukan wanita itu adalah isu lain yang kini dalam siasatan Polis Melaka,” jelasnya.

Pada masa sama, Kamarul Zaman sekali lagi menegaskan tidak ada mana-mana pihak yang membayar polis untuk mendapatkan khidmat kereta pengiring dalam kes berkenaan.

Anak makcik kemboja bukan la berani mana pun, sembang je lebih. Ex staff depan pagar dah, keluar la. pic.twitter.com/YUuScUDvLp

— Bbie. (@twtbiy) November 25, 2023

“Tiada siapa bayar siapa. Kalau benar ia berlaku dan sesiapa yang tahu, jumpa saya, beri maklumat,” katanya tegas.

Hari ini tular di TikTok seorang individu mempersoalkan tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengiringi wanita yang berasal dari Kemboja itu meninggalkan kilangnya ketika kekecohan berlaku, semalam.

Semalam, beberapa individu dipercayai bekas pekerja kilang milik usahawan warga Kemboja di Skudai itu berkumpul di hadapan premis berkenaan bagi meminta penjelasan berhubung ‘cabaran’ anak wanita itu.

Turut sama berada di hadapan premis berkenaan ialah Pengerusi Surplus Pulau Pinang, Sophian Mohd Zain dan individu yang dicabar anak usahawan terbabit.

Baca Lagi:Makcik Kemboja sedih, tuju video kepada TMJ mohon maafMakcik Kemboja ego dan takbur cakap orang Melayu malas undang amarah orang ramaiLelaki lepas ular tedung dalam bilik tidur bunuh isteri dan anak perempuan 2 tahun

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments