Ini 5 jenama produk buatan Malaysia yang kita patut support!

Ini 5 jenama produk buatan Malaysia yang kita patut support!

Beberapa minggu ni, rancak di media sosial isu boikot produk jenama antarabangsa. Secara jujur, ianya merupakan tindakan yang luar biasa, inisiatif semangat kebangkitan orang Malaysia.

Isu ini secara tidak langsung telah mengangkat beberapa jenama produk tempatan. Jadi kali ni kami nak kongsikan antara 5 jenama produk buatan Malaysia yang boleh kita support.

Ubat gigi – Halagel

Ubat gigi jenama Halagel ini bebas dari bahan kimia berbahaya dan dijamin halal. Korang tahu tak, Halagel ni sebenarnya pengedar dan pengimport gelatin gred farmaseutikal untuk pasaran antarabangsa dan dunia. Bukan biasa-biasa tau, dah diterima dunia, standard memang tinggi.

Minyak masak – Seri Murni

Slogan yang paling ikonik, ‘Sungguh Suci, Sungguh Murni’, mesti pernah korang dengar kan? Haa, jangan tak tahu, Minyak masak Seri Murni adalah satu-satunya yang diperbuat daripada Super Olein iaitu gred tinggi olein kelapa sawit yang biasanya digunakan hanya untuk pasaran eksport.

Aiskrim – Mokti

Pengasas Mokti, Siti Fatimah menemui aiskrim gula apong atau ‘apong’ terkenal itu di Sarawak. Ia diperbuat daripada nipah dan tumbuh di sepanjang kawasan pantai di Sarawak.

Kini, Mokti membuka 85 cawangan kafe tempatan dalam masa empat tahun dan cawangan antarabangsa pertamanya di Istanbul, Turki pada Februari lalu. Wah, sampai ke Turki sana tu! Siapa tak tahu kat sana pun aiskrim dorang pun bukan calang-calang, dapat pikat selera orang sana memang mantap lah!

Penambah perisa – Hilal

Kalau memasak, mesti nak ada perencah masakan, barulah sedap kan? Apa kata lepas ni bertukar ke perencah Hilal pula?

Bahan ini sesuai digunakan sebagai penambah perisa bagi semua jenis masakan sama ada gorengan, berkuah, perap atau panggang. Hanya tambah sedikit, terus auto sedap, bertambah-tambah nasi berpinggan!

Coklat – VOCHELLE

Kalau ke pasar raya, mesti pernah ternampak coklat VOCHELLE ni kan? Siapa pernah try? Sedapnya memang tak boleh bawa berbincang! Memang premium betul rasa dia, walaupun harganya mampu milik. Nak tau tak sebenarnya coklat ni buatan tempatan?

Ha! VOCHELLE produk tempatan ke? Macam tak percaya je. Tengok packaging semua macam level international, mesti ramai tak tahu kan produk Malaysia rupanya.

VOCHELLE produk premium, rupanya buatan Malaysia

Coklat VOCHELLE dijual dalam rangkaian produk yang luas dan pelbagai seperti blok coklat, kotak, balang dan doypack.

Untuk memenuhi selera peminat coklat, ada bermacam varian ditawarkan seperti coklat susu, coklat badam, coklat hazelnut, coklat kekacang dan buah dan bermacam lagi pilihan.

Guna mentega koko asli, patutlah sedap!

Istimewanya coklat VOCHELLE ini diperbuat daripada mentega koko asli bermutu tinggi untuk menghasilkan coklat yang sesuai dinikmati sebagai snek, berkongsi atau bila-bila korang perlukan sugar-fix. Siapa je mampu menolak kan?

Haa, sekarang dah tahu coklat VOCHELLE produk tempatan, jom sama-sama #sapotlokal, kita tukar jenama biasa kepada jenama tempatan. Lagi sedap, berkualiti dan paling penting harga pun berpatutan.

Baca Lagi:Wanita meraung histeria selepas anak 15 bulan dilarikan dua beranakPelajar 8 tahun cedera teruk di punggung, guru madrasah disyaki sebat guna batang paip PVCBangkai cicak dalam hidangan samosa goreng, anak perempuan muntah teruk dikejar ke hospital

About Mat Lan Editor

Check Also

‘gajah-rempuh-kereta-aku!-syukur-semua-selamat-kereta-boleh-baiki’

‘Gajah rempuh kereta aku! syukur semua selamat kereta boleh baiki’

Sebuah keluarga berdepan detik cemas setelah kenderaan yang dinaiki dirempuh seekor gajah ketika melalui Lebuhraya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments