Kejam! Rendam 15 ekor anak kucing sampai mati, Persatuan Haiwan Malaysia tawar ganjaran RM5,000 kesan pelaku

Kejam! Rendam 15 ekor anak kucing sampai mati, Persatuan Haiwan Malaysia tawar ganjaran RM5,000 kesan pelaku.

Persatuan Haiwan Malaysia menawarkan wang ganjaran RM5,000 bagi mengesan pihak yang bertanggungjawab membunuh dengan merendam mati 15 anak kucing yang dilaporkan berlaku di Pasar Borong Jerantut.

Menerusi kenyataannya, NGO itu memaklumkan, kejadian disedari pada Rabu oleh seorang penduduk tempatan (pengadu) sebelum dilaporkan kepada pihaknya kira-kira jam 8 malam.

Melalui kenyataan menerusi Facebooknya, Persatuan Haiwan Malaysia menawarkan ganjaran itu kepada orang ramai yang berjaya merungkai perbuatan zalim tersebut.

“Keadilan akan dituntut bagi mengekang kejadian lebih buruk berulang.“Saksi sama ada sahabat handai, kaum keluarga dan kenalan yang tahu individu mahupun kumpulan yang sengaja merendam semua anak kucing di Pasar Borong Jerantut hingga mati ini boleh hubungi Malaysia Animal Crime Transparency – MyAct di www.wasap.my/+60105394749,” katanya.NGO itu memberi jaminan kerahsiaan maklumat saksi utama yang berjaya merungkai kes jenayah psikopat itu.

“Pihak bertanggungjawab perlu diadili di mahkamah dan menerima hukuman atas kekejaman dilakukannya,” ujarnya.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Azman Mat Kamis ketika dihubungi memberitahu, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis mengenai kes tersebut.

Baca Lagi:Penyewa dari ‘neraka’ bilik dipenuhi sampah sampai cecah siling, jadi sarang ular, tikusMeerqeen cium Mimi Lana di kelab malam? Ini penjelasan tuan badan“Selamat datang ke neraka” – Bekas tahanan kongsi pengalaman diseksa dengan kejam setelah enggan cium dan kibar bendera Israel

About Mat Lan Editor

Check Also

‘gajah-rempuh-kereta-aku!-syukur-semua-selamat-kereta-boleh-baiki’

‘Gajah rempuh kereta aku! syukur semua selamat kereta boleh baiki’

Sebuah keluarga berdepan detik cemas setelah kenderaan yang dinaiki dirempuh seekor gajah ketika melalui Lebuhraya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments