Pemandu Honda Civic ‘naik angin’ rempuh orang awam selepas bergaduh dengan isteri

Pemandu Honda Civic ‘naik angin’ rempuh orang awam selepas bergaduh dengan isteri.

Seorang lelaki yang memandu kereta jenis Honda Civic berwarna hitam bertindak merempuh orang awam ketika ingin melarikan diri selepas terbabit dalam pertelingkahan bersama isterinya.

Insiden berkenaan dipercayai berlaku di sekitar Jalan Tun Teja 3, Taman Tun Teja, di sini, petang semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohammad Nasir berkata, pihaknya mengesan video berdurasi 18 saat itu di laman sosial hari ini.

Katanya, menerusi klip video itu pemandu terbabit dilihat merempuh sebuah motosikal Yamaha Ego dan melarikan diri dari tempat kejadian.

“Hasil siasatan yang dijalankan mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 3.30 petang.“Kejadian berlaku semasa suspek hendak melarikan diri daripada isterinya selepas berlaku pertengkaran diantara mereka.“Mangsa (penunggang motosikal) yang pada masa itu berada di tempat kejadian telah cuba menghalang suspek namun dirempuh sehingga mengalami kecederaan pada siku dan kaki,”katanya dalam kenyataan hari ini.Jelas beliau, kes disiasat dibawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 337 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, ASP Agilan Iswaran di talian 019-5230801 atau bilik gerakan IPD gombak di talian 03-61262222.

Baca Lagi:“Kau yang cari ain! Kau lah setannya, pura-pura mata kuyu rupanya bernafsu” – Sajat naik angin selar Alif Teega“Selamat datang ke neraka” – Bekas tahanan kongsi pengalaman diseksa dengan kejam setelah enggan cium dan kibar bendera IsraelMeerqeen cium Mimi Lana di kelab malam? Ini penjelasan tuan badan

About Mat Lan Editor

Check Also

‘gajah-rempuh-kereta-aku!-syukur-semua-selamat-kereta-boleh-baiki’

‘Gajah rempuh kereta aku! syukur semua selamat kereta boleh baiki’

Sebuah keluarga berdepan detik cemas setelah kenderaan yang dinaiki dirempuh seekor gajah ketika melalui Lebuhraya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments