Penyewa dari ‘neraka’ bilik dipenuhi sampah sampai cecah siling, jadi sarang ular, tikus

Penyewa dari ‘neraka’ bilik dipenuhi sampah sampai cecah siling, jadi sarang ular, tikus.

Seorang pemilik rumah di Thailand terkejut apabila mendapati sebuah bilik yang disewakan kepada seorang wanita dipenuhi sampah dan menjadi tempat pembiakan serangga, lapor laman berita Thaiger semalam.

Menurut Namwan Panadda, bilik yang disewakan kepada wanita berusia 42 tahun itu menjadi sarang pembiakan ular, cacing dan tikus.

Walaupun wanita itu bekerja sebagai seorang penjawat awam, bilik itu telah diabaikan selama dua tahun. Anehnya, kos sewa sebanyak 1,500 baht (RM201) masih dibayar pada setiap bulan.Sampah di dalam bilik itu didapati dilonggok mencecah siling dan dipenuhi serangga.

Namwan dan suaminya kemudian menghabiskan lebih 3,000 baht (RM402) untuk membersihkan bilik itu selain mengisi sampah tersebut di dalam 250 beg dan membuangnya.

Bagaimanapun, Namwan dihubungi penyewa tersebut dan dia dituduh menceroboh bilik yang dipenuhi barang berharga.

Disebabkan keadaan bilik yang menjejaskan penyewa lain, dia membuat laporan di Balai Polis Hua Mak.

Baca Lagi:Lelaki mengamuk baling wang RM13,000 dari balkoni kondominiumIni 5 jenama produk buatan Malaysia yang kita patut support!Suami setan! Jual isteri hamil 2 bulan ‘tawar khidmat seks’ di media sosial, siap letak harga

About Mat Lan Editor

Check Also

pesilat-sukma-terengganu-meninggal-dunia-setelah-terkena-tendangan-maut-pihak-lawan

Pesilat Sukma Terengganu meninggal dunia setelah terkena tendangan maut pihak lawan

Atlet silat Sukan Malaysia (Sukma) Terengganu, Wan Muhammad Haikal Wan Hussin, 21, meninggal dunia selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments