5 beradik ini digelar makhluk asing

5 beradik ini digelar makhluk asing.

Lima adik-beradik di Republik Dominica menjalani hidup sukar sejak dari kecil kerana sering diejek dan digelar makhluk asing disebabkan wajah mereka yang membengkak, lapor akhbar The Sun semalam.

Adik beradik Isaias, Graciosa, Preciosa, Antonio dan Miguelina Bautista itu mempunyai jarak antara mata yang luas, tulang pipi besar, bonggolan pada hidung serta gigi yang buruk.

Menurut Isaias, sejak kecil mereka sering diejek dengan kata-kata penghinaan dan diberi pelbagai gelaran termasuk makhluk asing.

“Sehinggakan suatu masa, kami mula percaya bahawa kami makhluk asing. Namun, kami kemudian menemui individu-individu baik hati yang memberitahu bahawa kami manusia biasa,” katanya.Adik-beradik Bautista itu turut berdepan kesukaran untuk mengenal pasti penyakit yang mereka hidap. Meskipun pakar-pakar mengesyaki ia adalah leontiasis, mereka gagal memberikan jawapan yang pasti.

Leontiasis yang biasanya dipanggil sindrom muka singa, adalah pertumbuhan berlebihan tulang tengkorak dan muka yang mengakibatkan penampilan seperti singa.

Sementara itu, pakar neurologi, Dr. Franly Vazquez menyifatkan keadaan itu sebagai penyakit yang sangat jarang ditemui, di mana kurang daripada 40 kes dilaporkan di seluruh dunia.

“Pesakit yang terjejas mempunyai pengumpulan kalsium dalam tulang yang membentuk muka dan tengkorak,” ujarnya.

Baca Lagi:“Saya tidak pernah mempertikaikan perjuangan Hamas tetapi strateginya” – Azhar Sulaiman pertahan pandangan setelah dikecam ramai‘Inspektor Heliza’ lebur RM18,500, ditipu scammer pelaburan online“Kau yang cari ain! Kau lah setannya, pura-pura mata kuyu rupanya bernafsu” – Sajat naik angin selar Alif Teega

About Mat Lan Editor

Check Also

‘gajah-rempuh-kereta-aku!-syukur-semua-selamat-kereta-boleh-baiki’

‘Gajah rempuh kereta aku! syukur semua selamat kereta boleh baiki’

Sebuah keluarga berdepan detik cemas setelah kenderaan yang dinaiki dirempuh seekor gajah ketika melalui Lebuhraya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments