Pekerja kedai runcit panik perompak sembur api sebelum larikan tabung derma, sejumlah wang

Pekerja kedai runcit panik perompak sembur api sebelum larikan tabung derma, sejumlah wang.

Seorang pekerja kedai runcit panik apabila perompak bertindak menyembur api ke arahnya sebelum beberapa perompak lain melarikan wang dan barangan dalam satu kejadian di Kampung Johan Setia, di sini, Rabu lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong kejadian terbabit berlaku kira-kira jam 12 tengah hari yang mana pekerja kedai runcit (mangsa) sedang menjalankan perniagaan, sebelum didatangi empat lelaki seolah-olah hendak membeli barang.

“Siasatan mendapati, secara tiba-tiba salah seorang suspek mengeluarkan pemetik api dan botol penyembur nyamuk lalu membakarnya di hadapan mangsa untuk menakutkannya.“Pada masa sama, dua suspek masuk ke dalam kawasan kaunter dan mengambil duit, dua karton rokok, tiga tabung derma serta telefon bimbit mangsa yang dianggar bernilai RM800.“Suspek kemudian terus melarikan diri menaiki kenderaan jenis Perodua Alza. Bagaimanapun, mangsa tidak mengalami kecederaan ,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.Susulan kejadian itu Hoong Fong berkata, pihaknya menerima satu laporan polis yang dibuat oleh pemilik kedai runcit berkenaan keesokan hari (Khamis).

Seorang pekerja kedai runcit panik apabila perompak bertindak menyembur api ke arahnya sebelum beberapa perompak lain melarikan wang dan barangan dalam satu kejadian di Kampung Johan Setia, Rabu lalu.

Sumber video tular pic.twitter.com/Ul4pDZ5xCD

— Buletin TV3 (@BuletinTV3) December 2, 2023

“Bertindak atas maklumat, kira-kira jam 8.30 malam hari yang sama, sepasukan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan menahan seorang suspek di Kampung Bunga Raya, Kuang.“Semakan mendapati, suspek lelaki warga tempatan yang berumur 35 tahun itu memiliki 11 rekod jenayah dan tujuh rekod dadah.“Seterusnya, pada jam 11 malam, dua lagi suspek juga warga tempatan ditahan di Bukit Tinggi, Klang dan polis turut merampas pakaian serta beberapa barang kes,” katanya.Beliau berkata, ketiga-tiga suspek berusia 23 hingga 35 tahun kini ditahan reman lima hari sehingga 5 Disember mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

“Pegawai penyiasat dalam proses melengkapkan kertas siasatan dan akan merujuk kepada Timbalan Pendakwaraya dalam tempoh masa terdekat,” katanya.Baca Lagi:Pemilik restoran terkejut pelanggan wanita bayar hampir RM53,000 padahal harga makanan hanya RM52Wanita terkejut baki wang dalam akaun Maybank melebihi RM400 jutaTegang! Penyokong PAS, BN bertembung di Kemaman, flashmob bertukar kecoh

About Mat Lan Editor

Check Also

penyanyi-rap-terkenal-temui-hidayah-ketika-dipuncak-kegemilangan,-cinta-bersemi-ketika-mendengar-azan…

Penyanyi Rap terkenal temui hidayah ketika dipuncak kegemilangan, cinta bersemi ketika mendengar azan…

Laungan azan di sebuah masjid di Dubai menarik minat seorang lelaki kulit hitam yang berada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments