‘Mat Bond’ terima Anugerah Kehormat Permata Dunia

‘Mat Bond’ terima Anugerah Kehormat Permata Dunia.

Pelawak veteran sejak era 1950-an, Mat Sentol, 90, yang cukup dikenali dengan watak Mat Bond, hari ini menerima Anugerah Kehormat Permata Dunia sempena Majlis Konvokesyen Universiti Multimedia (MMU).

Anugerah disampaikan Pro Canselor MMU, Tan Sri Dr Zakri Abdul Hamid kepada wakil pelakon dengan nama sebenar, Abd Rasip Yahya itu, iaitu cucunya, Ain Akashah Rosarif yang hadir ditemani suami, Alif Najmi Hashim, 24, dan ibu, Zaity Arfah Yunos, 49.

“Saya sangat bangga dengan anugerah diberikan kepada datuk kerana ia pengiktirafan sangat tinggi kepadanya sepanjang berada dalam dunia seni. Sepatutnya bapa mewakili datuk menerima anugerah ini, tapi dia tak dapat hadir kerana tak sihat,” kata Ain Akashah, 26.Menurutnya, dia terkejut apabila dihubungi bapa saudara, Roslee Rashid, 61, yang menetap di Johor pada Selasa lalu, memintanya mewakili keluarga untuk menerima anugerah itu.

“Kami terharu kerana walaupun datuk sudah tak aktif dalam bidang seni kerana sudah berumur dan uzur, masih ada pihak mengingatinya. Terima kasih MMU atas penganugerahan ini yang dapat dijadikan kenangan kepada ahli keluarga lain dalam mengenang usaha dan kegigihan datuk sepanjang terbabit dalam bidang seni,” katanya.Ain Akashah yang juga pernah berlakon dalam iklan, antaranya Tora dan Dendang Datang Lagi bersama datuknya, berkata dia dan Mat Sentol sangat rapat serta sering bertukar pendapat mengenai seni dan kerjaya.

“Datuk pernah memberi nasihat agar saya tidak menceburi bidang seni sekiranya mahu hidup senang,” katanya turut mengakui memandang tinggi kreativiti Mat Sentol dalam menghasilkan beberapa filem seperti Mat Bond dan Mat Magic ketika tiada teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) seperti hari ini.

Baca Lagi:Gelar rakyat Indonesia pengganas, penyampai TV Israel mohon maaf selepas teruk kena maki, rumah dipecah masukKura-kura tertua di dunia sambut hari lahir ke 191Lelaki hilang empat batang gigi, muka jadi ‘bengkak’ tukang cuci menyamar doktor

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments