Wanita terkejut, terima ‘voicenote’ dari suami buta jatuh dalam lubang di laluan tactile

Wanita terkejut, terima ‘voicenote’ dari suami buta jatuh dalam lubang di laluan tactile.

Di Malaysia, kebanyakan kawasan pejalan kaki di tepi jalan raya mahupun di kaki lima pasti mempunyai laluan ‘tactile’ iaitu laluan bercorak timbul.

Bagi yang tidak mengetahuinya, laluan ‘tactile’ ini untuk membantu golongan cacat penglihatan bergerak mengikut arah yang betul atau sebagai amaran terdapat halangan di hadapan.

Sekiranya terdapat sesuatu seperti halangan di laluan ‘tactile’ ini, ia pasti akan menyukarkan individu cacat penglihatan atau buta untuk bergerak.

Wanita terkejut, terima mesej suara dari suami buta yang jatuh dalam lubang di laluan tactile

Seperti baru-baru ini, seorang wanita meluahkan perasaan terkejut selepas menerima mesej suara daripada suaminya yang juga orang kurang upaya (OKU) penglihatan yang memberitahu dia telah terjatuh ke dalam lubang yang berada di tengah-tengah laluan tactile.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @mrranggapnnadia, wanita yang dikenali sebagai Nadia itu menyatakan hanya Allah SWT sahaja yang tahu perasaan resahnya selepas menerima mesej suara tersebut.

Wanita bersyukur, suami tidak alami sebarang kecederaan serius

@mrranggapnnadia Terkejut saya mendengar voicenote dari suami bagitahu dia jatuh dalam lubang 😭😭 Allah sahaja yang tahu perasaan saya masa tu😭😭 Syukur husband kata dia x ada apa2. Dia dah ke klinik dan Dr kata tiada keretakan (buat xray). Syukur alhamdulillah. Terima kasih Allah. Moga Allah terus menjaga dan lindungi suami. Saya dengan rendah hati, mohon kepada semua, sekiranya ternampak halangan atau lubang yang berbahaya di laluan tactile (laluan orang buta), mohon bantu untuk laporkan kepada pihak yang berkaitan ya. Mari sediakan laluan tactile yang selamat untuk OKU penglihatan. P/s: kawasan area dataran merdeka ke masjid negara #mrranggapnnadia #raiseawarenessfortheblind #okupenglihatan #blind #tiktokguru ♬ Instrumen Sholawat Sedih – Yuda pratama

Pun begitu, dia tetap memanjatkan rasa syukur kerana suaminya tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius.

“Syukur suami kata tiada apa-apa. Dia sudah pergi ke klinik dan doktor beritahu tiada keretakan selepas buat (imbasan) X-ray. Syukur Alhamdulilah.

“Terima kasih Allah, moga Allah terus menjaga dan lindungi suami,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Harap orang ramai dapat bantu buat laporan sekiranya nampak halangan di laluan tactile

Dia pada masa yang sama turut meminta kepada orang ramai agar membuat laporan kepada pihak berwajib sekiranya melihat halangan atau lubang berbahaya di laluan tactile.

Difahamkan, suaminya terjatuh ke dalam lubang di laluan tactile semasa sedang berjalan di kawasan Dataran Merdeka menuju Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Netizen sebak dan panjat doa buat pasangan terbabit

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati terhadap nasib yang menimpa suami wanita berkenaan selain memanjatkan doa agar mereka berdua sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.

Selain itu, netizen turut menasihati Nadia untuk melaporkan tentang perkara tersebut terus ke pihak berkuasa tempatan (PBT).

Baca Lagi:Kejam! Buaya tersangkut pukat dipukul sekumpulan lelaki hingga mati undang kemarahan netizen‘Guard’ wanita viral di HRPB Ipoh tersenarai penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan daripada YDP Agong‘Mat Bond’ terima Anugerah Kehormat Permata Dunia

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments