Pak Arab tunggang isu Palestin buat live kat TikTok raih ‘gift’ dari orang ramai

Pak Arab tunggang isu Palestin buat live kat TikTok raih ‘gift’ dari orang ramai.

Antara salah satu usaha rakyat Malaysia dalam membantu saudara di Palestin adalah dengan menyumbang wang ke badan NGO. Malah, ada sebahagian artis turut menggunakan platform TikTok untuk memberi sumbangan dengan hadiah berbentuk wang secara terus.

Meskipun begitu, seorang individu bernama Ahmad Nazrul di Facebook membuat posting berhubung kebimbangan kegiatan sekumpulan pelarian yang melakukan live sambil menunggang isu Palestin untuk meraih gift dari orang ramai.

Difahamkan mereka menyasarkan warga Malaysia dan Indonesia kerana dilihat lebih mudah untuk meraih simpati dan menerima sejumlah gift menerusinya.

Untuk menambah simpati kepadanya, mereka juga menggantungkan bendera Palestin serta Malaysia dan Indonesia sambil menyebut nama kedua-dua negara tersebut tanpa lekang di bibirnya.

Memandangkan mereka mempunyai rupa para seiras orang Arab, maka ramai yang tertipu dengan helah tersebut lalu memberi hadiah berupa wang menerusi platform TikTok.

Ironiknya, kita sedia maklum seluruh Palestin mengalami ketiadaan bekalan selepas dibom namun mereka boleh melakukan live tujuh ke lapan kali sehari. Tambah pula, tidak kedengaran bunyi bom atau senapang sewaktu mereka sedang bersiaran langsung di TikTok.

Secara faktanya, mereka bukanlah warga Palestin seperti yang digambarkan tetapi hanyalah pelarian dari negara Islam berdekatan.

Jadi, tidak salah untuk memberikan gift kepada mereka kerana dikira sebagai saudara semuslim. Namun realitinya, anda tidak berjaya menyumbang dana kepada mereka yang lebih memerlukan iaitu di negara Palestin pada ketika ini.

Malah, sebahagian mereka juga sebenarnya dikaitkan dengan sindiket jenayah kerana dijaga oleh sebuah organisasi lalu dieksploitasi untuk tujuan minta derma di platform media sosial.

Anda boleh rujuk artikel yang pernah kami tulis berkenaan seorang individu yang menjadi orang tengah dengan menyediakan telefon pintar dan kad sim buat pelarian terpilih untuk mengemis ‘gift‘ di platform TikTok.

Sebagai peringatan, anda yang mahu menyumbang ke Palestin bolehlah cari saluran atau badan NGO yang dipercayai seperti Cinta Gaza Malaysia, Malaysia Relief Agency dan Viva Palestian Malaysia.

Baca Lagi:‘Abang Polis’ prihatin bantu ibu warga emas cari kotak awal pagi menyentuh perasaanLetusan Gunung Merapi: 11 mayat pendaki ditemui, pendaki terkandas rakam muat naik video minta tolong‘Mat Bond’ terima Anugerah Kehormat Permata Dunia

About Mat Lan Editor

Check Also

pesilat-sukma-terengganu-meninggal-dunia-setelah-terkena-tendangan-maut-pihak-lawan

Pesilat Sukma Terengganu meninggal dunia setelah terkena tendangan maut pihak lawan

Atlet silat Sukan Malaysia (Sukma) Terengganu, Wan Muhammad Haikal Wan Hussin, 21, meninggal dunia selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments