Johor umum 17 Disember cuti khas peristiwa

Johor umum 17 Disember cuti khas peristiwa.

Johor mengumumkan 17 Dis ini sebagai Hari Cuti Khas Peristiwa bersempena dengan kejayaan gemilang sedekad penguasaan pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam menjuarai Liga Super dan Piala Malaysia 2023.

Setiausaha Kerajaan Johor Tan Sri Dr Azmi Rohani dalam satu kenyataan berkata pasukan Harimau Selatan telah melakar sejarah gemilang bola sepak negeri Johor apabila menjuarai Liga Super buat kali ke-10 berturut-turut, suatu dekad dominasi JDT dalam kancah bola sepak negara.

Beliau berkata justeru, pada 8.30 malam 16 Dis ini akan diadakan sambutan meriah bagi meraikan peristiwa bersejarah itu di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) Iskandar Puteri, selepas perlawanan pasukan itu menentang Penang FC.

Beliau berkata menjunjung titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, kerajaan negeri memutuskan untuk mengisytiharkan keesokannya iaitu 17 Dis (Ahad) sebagai Hari Cuti Khas Peristiwa bagi seluruh rakyat negeri Johor.

“Pemberian Cuti Khas Peristiwa ini selain bertujuan meraikan kejayaan gemilang JDT, ia juga merupakan penghargaan kerajaan negeri kepada pihak terlibat dan rakyat negeri Johor yang memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan JDT.

“Cuti ini juga turut diraikan setelah JDT melakar sejarahnya tersendiri dalam arena bola sepak negara dan juga meraikan JDT yang meraih kejayaan dalam menjulang trofi Piala Malaysia pada malam semalam,” katanya.

Jelas Azmi, pengisytiharan cuti itu selaras dengan peruntukan kuasa yang diberikan di bawah Seksyen 9 (1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 [Akta 369].

Sementara itu, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi melalui hantaran dalam Facebook rasmi miliknya, mengucapkan tahniah kepada pasukan JDT atas kejayaan menjuarai Piala Malaysia 2023, dan melengkapkan musim ini dengan kejayaan ‘quadruple’ untuk dua tahun berturut-turut.

Beliau turut menjunjung kasih Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang tidak pernah kenal erti putus asa dan sentiasa berusaha meningkatkan mutu bola sepak JDT bukan sahaja di peringkat liga domestik, malah juga di Asia.

“Kemenangan 3-1 menentang Terengganu FC (semalam) mengesahkan kejuaraan Piala Malaysia yang keempat, selepas menjuarainya pada 2017, 2019 dan 2022, selain menambah koleksi trofi ke-26 buat pasukan JDT.

“Terima kasih kepada semua penyokong JDT yang sentiasa memberikan sokongan penuh dalam setiap perlawanan tahun ini,” katanya.

Baca lagi:Polis sahkan Zayn Rayyan mati dibunuh, ada kesan jerutan di leherKafe paling unik! direka dengan bentuk seperti serangga belalang, siap ada sesungut dan mata lagiBekas pengikut ajaran sesat dedah ‘boleh naik ke langit’ dengan hanya pakai jeket, hisap 3 dapur ganja boleh jumpa tuhan

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments