Pekerja pembaca meter TNB sedekah ‘lolipop’ kepada kanak-kanak dapat pujian ramai

Pekerja pembaca meter TNB sedekah ‘lolipop’ kepada kanak-kanak dapat pujian ramai.

Seorang petugas pembaca meter Tenaga Nasional Berhad (TNB) berkongsi rezeki ketika menjalankan tugas mendapat pujian orang ramai.

Satu klip video yang tular di media sosial menyaksikan seorang petugas TNB memberi gula-gula kepada kanak-kanak ketika melakukan tugas membaca meter turut menyentuh hati.

Video tersebut menunjukkan petugas itu akan berkongsi gula-gula kepada kanak-kanak di setiap rumah yang dikunjunginya.

Rata-rata orang ramai yang menyaksikan klip tersebut juga menganggap pemberian itu kemungkinan adalah cara yang selalu dilakukan oleh petugas itu ketika melakukan tugasannya.

“Kalau saya tengok dengan budak menunggu sahaja abang TNB tu, maknanya dia memang selalu buat begitu,” ujar Liayana Sabri.

“Suka tengok abang ni mesra je dengan anak-anak disamping berkongsi rezeki. Bagus boleh jadi pekeria contoh ni,” kata Jalil Hamat.

“Tahniah bang, teringat pula masa saya kecil dulu, pakcik posman akan beri saya gula-gula macam ni la kepada saya adik beradik,” kata Fara Hanan.

Baca Lagi:Siti Mariah akhirnya ditemui setelah hilang selama 9 tahun tanpa khabar beritaGuru gotong-royong bersih kutu kepala murid-murid dapat pujian ramaiIni sebab kenapa satu dunia marah bagi hadiah mainan bentuk makanan

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments