Jiran tiada adab selamba tanam cili tak minta izin, tuan rumah tercengang laman rumah dah bertukar jadi kebun

Jiran tiada adab selamba tanam cili tak minta izin, tuan rumah tercengang laman rumah dah bertukar jadi kebun.

Seorang wanita tercengang apabila kediaman miliknya yang ditinggalkan tanpa penghuni ‘diceroboh’ oleh orang lain.

Wiwinsya menerima ‘kejutan’ itu apabila meninjau kediaman miliknya itu yang dibeli sejak satu tahun lalu sebelum kisahnya itu dikongsikan di media sosial.

Menurut wanita ini, kawasan halaman dan parkir rumahnya dipenuhi dengan anak pokok cili, dipercayai ditanam oleh jiran tanpa mendapatkan keizinannya terlebih dahulu.

“Memang boleh ke? Rumah tak digunakan tiba-tiba jiran tanam cili tanpa izin?

“Rasa nak menangis tapi ye tapi jadi tergelak melihat sikap manusia tak sedar diri,” jelasnya menerusi tulisan pada video.

Menurut salah seorang penduduk di kawasan itu, mereka sudah menasihati pelaku (jiran) supaya bertanya kepada pemilik sebelum membuat aktiviti berkebun itu.

Bagaimanapun, jiran tersebut tidak mengendahkan nasihat dan teguran itu dengan menegaskan bahawa dia akan berjumpa dengan Wiwinsya sendiri nanti.

Tambah Wiwin, dia berasa terkilan dengan sikap individu tersebut yang tidak meminta kebenarannya terlebih dahulu untuk menanam cili sedangkan kediaman kedua yang didudukinya terletak tidak jauh dari rumah kosong itu.

Baca lagi:Suami isteri sanggup berpanas dan hujan jual nasi lemak RM1 demi biayai perubatan anak hidap sindrom DownPekerja pembaca meter TNB sedekah ‘lolipop’ kepada kanak-kanak dapat pujian ramai‘Abluo’ robot pintar pembersih tandas bakal beroperasi tahun depan

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments