Tular video guru besar tampar murid dalam majlis undang kecaman ramai

Tular video guru besar tampar murid dalam majlis undang kecaman ramai.

Tular video berdurasi 41 saat memaparkan seorang guru besar bertindak memarahi dan memukul bahagian kepala seorang murid lelaki dipercayai berlaku dalam sebuah majlis rasmi di sebuah sekolah di daerah ini.

Video tersebut dikongsikan menerusi hantaran di laman sosial milik Siti Hajar berserta keterangan ‘pendidik harus terdidik’ yang setakat ini mendapat 490,000 tontonan dan 5,600 perkongsian sejak Rabu.

Selain itu, individu dipercayai merupakan seorang guru itu turut memuat naik video kedua berdurasi 10 saat menunjukkan seorang lagi pelajar lelaki lain turut ditolak oleh guru berkenaan dalam majlis yang sama.

Menurut Siti Hajar, perkongsian itu dibuat sebagai peringatan kepada individu lain supaya tidak mengulangi perbuatan sama.

“Biarlah nok kene saman ke nok kene mende ke. Nak upload jugop (juga). Takdop (tiada) niat nak buka aib tapi untuk jadi peringatan belaka ke (semua) orang.

“Mu cg (cikgu) ke guru besor ke, PK (penolong kanan) ke. X (tak) kisoh (kisah) lah sape (siapa) mu tu. Cuma masa nak marah atau tegur anak murid tu biar beradab sikit.

“Aku tak pernah buat student aku gitu (macam tu) nok (nak) maroh (marah) macam mana pun. Orang dok (tidak) wat (buat) depan orang gitu ramai-ramai. Biar cerdik sikit cg (cikgu) ‘eyh’, ” tulisnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan tindakan itu tidak wajar dilakukan dalam sebuah majlis yang dihadiri oleh murid dan guru.

Mohd Sabhi Mohd Ghani berkata, sekalipun murid berkenaan melakukan kesalahan tidak wajar dia dihukum di hadapan orang ramai seperti itu.

SIAL PERANGAI CIKGU NI! DIA TAMPAR BUDAK DEPAN ORANG RAMAI!

TERIMA KASIH CIKGU YANG DAH VIRAL KAN VIDEO NI. HARAP CIKGU NI DI BUANG KERJA WALAUPUN MIN TAHU KERAJAAN MEMANG SUSAH NAK BUANG KAKITANGAN, WALAUPUN ORANG TU BERMASALAH! pic.twitter.com/mWZxVjeUz6

— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) December 13, 2023

“Lau (kalau) buat salah pun tangan jangan sampai kt (dekat) kepala. Harap ambil tindakan,” tulisnya.

Sementara itu, Manap Al-Banjari pula berkata, tindakan tegas wajar diambil ke atas guru berkenaan kerana tidak mengikut peraturan dalam menghukum murid sebaliknya bertindak mengikut cara sendiri.

“PDRM (Polis Diraja Malaysia), PPD KT (Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu), JPNT (Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu), KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) Putrajaya. Sila ambil tindakan tegas kepada guru ini. Tak ikut pekeliling la ni. Ikut suka sendiri,” tulisnya.

Bagaimanapun, menerusi perkongsian terbaharu, guru berkenaan mengakui telah memadam dua hantaran video berkenaan kerana kes tersebut sedang dalam siasatan.

“Saya terpaksa delete (padam) video itu. As expected (seperti dijangka). Its ok at least I’ve tried. (Tak mengapa sekurang-kurangnya saya telah cuba).

“Diminta netizen semua bertenang dan berhenti sebarkan video tersebut demi kebaikan saya dan semua. Kes dalam siasatan dan semoga semuanya dipermudahkan,” tulisnya.

Baca Lagi:19 tahun menanti zuriat, akhirnya pasangan suami isteri ini dikurniakan anakGara-gara tak puas hati cara screen protector dibuka, pelanggan tampar pekerja kedai telefonKejadian aneh kubur berasap, liang lahad keluar api… Terdengar jeritan minta tolong selepas jenazah dikebumikan

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments