Tak sampai sejam beli kereta baru, Proton X50 tenggelam dalam banjir kilat

Tak sampai sejam beli kereta baru, Proton X50 tenggelam dalam banjir kilat.

Dalam tempoh kurang daripada sejam, kereta baharu jenis Proton X50 yang dibeli sepasang suami isteri ditenggelami air susulan kejadian banjir kilat di Puchong pada Sabtu.

Menerusi hantaran dimuat naik pengguna Facebook, Azhazul Azri, adiknya yang merupakan jurujual sempat bergambar dengan pemilik kenderaan terbabit pada jam 5 petang, namun kejadian malang berlaku sejam kemudiannya.

“Banjir adalah risiko yang kita tak boleh kawal.“Masuk mall (pusat beli belah), cuaca panas. Pergi makan, solat, bila keluar kereta dah tenggelam,” katanya pada Ahad.Sebelum ini, Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dilanda banjir kilat setinggi 0.6 meter susulan hujan lebat melanda Lembah Klang petang semalam menyebabkan ratusan pengguna lebuh raya terkandas.

Tinjauan Sinar Harian di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna Facebook meluahkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa pasangan itu dan turut mendoakan segala urusan dipermudahkan ALLAH SWT.

Memetik komen Affandiey Fandy, orang ramai diingatkan supaya mengambil pelan perlindungan kereta khusus untuk menghadapi bencana alam berikutan cuaca yang tidak menentu di negara ini.

“Fuh seram bang, baru sejam dah kena (tenggelam),” ujar Mohd Ariff Helmi pula.

Baca Lagi:Elak beri anak alat mainan plastik kerana mengandungi kimia beracun dipanggil ‘parafin berklorin’ – CAP“Badan saya mengigil, ingatkan lembu rupanya harimau belang berekor panjang” – Pelajar ILP“Minta maaf, suami saya memang panas baran, tak boleh dengar orang rem ekzos motor” – Isteri pegawai kanan polis

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments