Bayi 4 bulan ditemui selamat atas pokok selepas diterbangkan puting beliung

Bayi 4 bulan ditemui selamat atas pokok selepas diterbangkan puting beliung.

Seorang bayi lelaki berusia empat bulan ditemui selamat dalam keadaan tersangkut pada sebatang pokok selepas rumahnya dibadai puting beliung, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Pusaran angin kencang itu melanda negeri Tennessee pada 9 Disember lalu ketika Sydney Moore dan suaminya berada di rumah bersama dua anak mereka iaitu Lord di samping Princeton yang berusia setahun.

Bumbung rumah mudah alih milik pasangan itu diterbangkan angin bersama-sama katil bayi yang turut menerbangkan Lord.

“Dia (suami) memegang katil bayi sepanjang masa sebelum mereka tercampak,” kata Moore.Ketika kejadian, Moore sempat menarik Princeton daripada dihempap dinding runtuh dan berjaya menyelamatkan diri.

Moore dan suaminya kemudian berusaha mencari Lord sebelum menemui mangsa terbaring di atas sebatang pokok tumbang dengan hanya mengalami luka ringan.

“Pada awalnya, saya menyangka dia (Lord) sudah meninggal dunia dan kami tidak akan menemuinya. Namun, dia kemudian dilihat berada di pokok itu dalam keadaan baik, seolah-olah diletakkan di situ dengan penuh berhati-hati,” katanya.Baca Lagi:Elak beri anak alat mainan plastik kerana mengandungi kimia beracun dipanggil ‘parafin berklorin’ – CAP‘Empat puluh minit Datuk, anak saya merintih macam ayam kena sembelih’Gara-gara belanja peha, Intan Najuwa ‘ditarbiah’ netizen

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments