Kucing tular berbaju ‘K9’ di lokasi Apartment Idaman bukan milik PDRM

Kucing tular berbaju ‘K9’ di lokasi Apartment Idaman bukan milik PDRM.

Baru-baru ini tular di media sosial potongan rakaman berita di sebuah televisyen tempatan memaparkan seekor kucing yang memakai baju Khidmat Unit Anjing Pengesan (K9).

Bagaimanapun, ternyata kucing tersebut bukanlah milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) namun kepunyaan salah seorang penduduk di Apartmen Idaman, Damansara Damai.

Difahamkan pemilik tersebut sengaja memakaikan baju K9 yang dibeli menerusi platform e-dagang pada kucingnya untuk ‘membantu’ siasatan.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh penduduk yang berada di kawasan tersebut serta dirakam dalam sebuah video yang dimuat naik di media sosial.

“Tapi kucing ni bukan unit K9 punya. Ada pemiliknya. Tuan dia duduk apartmen di situ dan memang sengaja pakaikan baju ni,” ciap pengguna berkenaan.Hakikatnya, pihak PDRM hanya menggunakan unit anjing pengesan untuk mengesan bukti-bukti penting bagi kes kanak-kanak yang maut dibunuh Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6.

Meskipun amat janggal dan jarang sekali PDRM menggunakan kucing dalam unit K9, perkara ini dianggap biasa di luar negara seperti Amerika Syarikat, Singapura dan New Zealand.

@hheaven_boy Zayn rayyan latest update.Si meow muncul dengan baju unit k9.kredit majoritiofficial984 dan fb dunia kucing malaysia#fyp#trendingnewsmalaysia#longervideos#learnontiktok#berita#beritatiktok#zaynrayyan #CapCut ♬ Mission Impossible – Adam ClaytonKucing seperti ini berada dalam unit Feline atau F-9 yang bertindak dalam pasukan khas dilatih untuk meronda, menghidu dan menghalang ancaman.

Salah satu kucing pengesan United States Coast Guard (USCG) unit Feline ni bernama Milo yang merupakan sebahagian daripada Pasukan Kucing Pengesan Letupan (FEDT).

Baca Lagi:Satu bas bau durian! Penumpang wanita campak durian keluar selepas ditegur pemandu basTak sampai 10 minit habis licin! Nasi lemak air tangan pelajar Malaysia di Jerman pikat 500 tetamu antarabangsa“Kata nak syahid di Palestin, macam mana ni? Fathia Latiff disindir netizen selepas kongsi foto bertopi

About Mat Lan Editor

Check Also

pesilat-sukma-terengganu-meninggal-dunia-setelah-terkena-tendangan-maut-pihak-lawan

Pesilat Sukma Terengganu meninggal dunia setelah terkena tendangan maut pihak lawan

Atlet silat Sukan Malaysia (Sukma) Terengganu, Wan Muhammad Haikal Wan Hussin, 21, meninggal dunia selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments