“Sabar jelah bang” – Lelaki pujuk isteri sampai jalan jem

“Sabar jelah bang” – Lelaki pujuk isteri sampai jalan jem.

Rakaman video memperlihatkan seorang suami berusaha memujuk isterinya yang sedang berjalan sendirian setelah mengalami pertengkaran di dalam kereta mendapat perhatian di media sosial.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik @thesemut di aplikasi X, kelihatan seorang lelaki memandu kereta perlahan-lahan di tepi jalan sambil cuba mengejar seorang wanita yang dikatakan isterinya.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika wanita itu merajuk dan keluar dari kenderaan, manakala suaminya cuba memujuknya dengan penuh kasih sayang dari belakang.

Akibat kejadian itu, kereta lain terpaksa beratur panjang sehingga mengakibatkan kesesakan lalu lintas di jalan raya.

Rata-rata netizen berasa terhibur melihat gelagat pasangan berkenaan terutama golongan lelaki.

Malah, kebanyakan mereka berkata mereka memahami keadaan lelaki itu.

Kenapa masuk keje lambat?

Jalan jem bos

Ada accident ke?

Ada suami tengah pujuk isteri bos pic.twitter.com/Ip69dh9R28

— ᴀʟ ʙᴀᴅʀɪ •  (@thesemut) December 18, 2023

“Janganlah begitu kak, merajuk dekat rumah nantilah. Ini kira menyusahkan orang lain. Bukan semua tempat boleh bawa emosi,” komen Izham.“Maza zaman bercinta aku pernah buat macam ini. Laki aku keluar daripada kereta ikut je aku daripada belakang nak pujuk. Lepas itu, dia geram. Dia angkat je aku, dah macam nak kena culik pula,” kongsi Farhana.“Bertabahlah nak pujuk tu. Cuba bagi hadiah atau bawa pergi makan tempat kegemaran dia nanti. Esok lusa berbaik balik,” tambah Izzah.Sehingga kini video tersebut telah mendapat sebanyak 233,000 tontonan dan 3,400 tanda suka.

Baca Lagi:Ingkar arahan suruh berhenti, pegawai polis tendang penunggang motosikal hingga berlanggarIsteri mengamuk sampai nak bunuh diri gara-gara suami beli motosikal warna merah bukan hitamPemuda maut, leher hampir putus terkena mesin pemotong besi dalam stor rumah

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments