Tentera Israel dakwa jumpa ‘terowong Hamas terbesar’ di Gaza sepanjang 4km

Tentera Israel dakwa jumpa ‘terowong Hamas terbesar’ di Gaza sepanjang 4km.

Angkatan Pertahanan Israel (IDF) mendakwa telah menemukan “terowong Hamas terbesar” di Gaza, sepanjang empat kilometer (km), lapor portal berita antarabangsa, CNN.

Menurut IDF, terowong itu ditemukan “beberapa minggu lalu” tetapi hanya didedahkan kepada umum Ahad.

Dakwa IDF, terowong berkenaan sangat luas sehingga kenderaan besar boleh dipandu di dalamnya serta mencapai sehingga 50 meter (lebih 160 kaki) di bawah tanah selain dilengkapi bekalan elektrik, sistem pengudaraan dan komunikasi.

IDF turut mendakwa, terworong berkenaan tidak menyeberang sehingga ke Israel, namun, berakhir 400 meter sebelum lintasan Erez yang kini ditutup di sempadan utara Israel-Gaza, menurut IDF.

Bahkan,terowong itu didakwa IDF, sebahagian daripada “infrastruktur strategik” Hamas dan akan dimusnahkan oleh tentera zionis itu.

Dalam video yang dikongsi oleh IDF, tentera Israel mendakwa terowong itu dicipta untuk pergerakan tentera Hamas dan sebagai titik pelancaran untuk serangan.Rakaman yang dikongsi oleh IDF dan didakwa dirakam oleh Hamas untuk menunjukkan pembinaan terowong itu menunjukkan sebuah kenderaan besar memandu masuk ke dalam terowong dan jalan kereta api sementara di dalamnya.Israeli forces battling Hamas said they had uncovered an unusually large concrete and iron-girded tunnel, designed to carry carloads of militant fighters from Gaza right up to the border https://t.co/ge10sjWNUR pic.twitter.com/PhUJKvVuNy

— Reuters (@Reuters) December 17, 2023

CNN, bagaimanapun, belum dapat mengesahkan rakaman berkenaan atau dakwaan IDF.

Dalam satu kenyataan Ahad, IDF mendakwa bahawa sistem terowong itu adalah projek abang pemimpin Hamas Yahya Sinwar, Muhammad Sinwar.

IDF juga tidak memberikan sebarang bukti untuk menyokong dakwaan itu.

Baca Lagi:Anggota polis hilang isteri, dua anak sekelip mata kemalangan ketika balik kampungTinggal kenangan, nenek Palestin tular dakwa lebih tua berbanding negara haram Israel dibunuh penembak tepat askar ZionisTentera Israel bogelkan 100 lelaki Palestin, diarak ke bandar Gaza

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments