Isteri terkejut peminat hantar mesej minta henti putar lagu Allahyarham Ibnor Riza

Isteri terkejut peminat hantar mesej minta henti putar lagu Allahyarham Ibnor Riza.

Isteri penyanyi Allahyarham Ibnor Riza, Sarimah Sulaiman memaklumkan dihubungi peminat suaminya yang meminta agar lagu-lagu arwah tidak diputarkan ketika ini.

Sarimah memaklumkan, pada awalnya dia terkejut mendengar permintaan peminat arwah Ibnor namun faham dengan kesedihan mereka yang mahu menghormati pemergiaannya.

“Ada seorang peminat menghantar mesej kepada saya, minta saya uar-uarkan agar lagu arwah tidak diputarkan buat sementara waktu.“Saya faham ramai yang sedih dengan pemergian arwah. Namun saya tiada hak untuk menghalang masyarakat putarkan lagu itu di mana-mana platform seperti TikTok atau sebagainya.

“Lebih penting sekarang adalah doakan arwah tenang dan bahagia di rumah baharunya,” katanya.

Sarimah terkejut mendengar permintaan peminat arwah Ibnor namun faham dengan kesedihan mereka yang mahu menghormati pemergiaan arwah.

Sarimah yang juga merupakan seorang penyanyi dan peserta program Kilauan Emas musim ketiga memberitahu, selama 15 tahun hidup bersama, Ibnor disifatkan sebagai seorang lelaki yang amat penyayang.

“Di mata saya, arwah merupakan suami yang sangat baik. Kami datang daripada latar belakang sama iaitu muzik. Muzik banyak menyatukan kami. Bayangkan hari-hari kami tidak pernah suram dengan perbualan tentang muzik.

“Walaupun baru arwah pergi, saya sudah mula rindu kehadiran arwah yang selalu ceriakan hidup saya dan anak lelaki kami. Masih terbayang kali terakhir lihat wajahnya, arwah tenang dan seolah tersenyum,” katanya.

Ibnor Riza Ibrahim meninggal dunia kira-kira pukul 3.30 petang pada 17 Disember di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Cheras Kuala Lumpur pada usia 62 tahun.

Ibnor yang disahkan menghidap kanser limfoma tahap empat pada Mac lalu difahamkan telah melakukan kemoterapi sebanyak 13 kali.

Penyanyi lagu Mimpi Yang Tak Sudah sebelum itu dilaporkan tidak sedarkan diri selepas dua kali menjalani pembedahan bagi membuang air di bahagian kepala susulan sel kanser limfoma dan masalah pendarahan.

Untuk rekod, Ibnor dan Seri mendirikan rumah tangga pada 2009 dan mereka mempunyai seorang anak lelaki yang kini berusia 13 tahun.

Ibnor juga memiliki seorang cahaya mata perempuan bersama isteri pertamanya, Norhayati Md Nor.

Baca Lagi:Datuk Seri Vida dedah Cik B belanja lebih RM1 juta sebulan buat netizen terkejut“Jangan sebarkan berita palsu, tuan badan sudah selamat sampai rumah” – Tular Syamsul Debat meninggal dunia dalam kemalangan tidak benarRestoran Seafood jual sotong manis harga RM50 seekor kena serbu

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments