‘Saya happy, Malaysia okey tapi ini macam boleh ke’ – PATI menangis selepas ditangkap

‘Saya happy, Malaysia okey tapi ini macam boleh ke’ – PATI menangis selepas ditangkap.

“Saya happy, Malaysia okey tapi ini macam boleh ke”

Itulah jeritan salah seorang lelaki pendatang asing tanpa izin (PATI) ketika Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid meninjau Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini, hari ini.

Lelaki tersebut antara PATI yang ditahan dalam serbuan Ops Khas Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) di ‘Little Dhaka’ atau Jalan Silang pukul 11 pagi ini.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kewarganegaraan dan identiti lelaki terbabit ekoran pihak berkuasa masih lagi dalam proses menyaring keseluruhan 1,101 PATI yang ditahan.

“Saya happy (gembira), Malaysia okey tapi ini macam okey ke? Lain semua okey, tapi ini pergi buang air kecil pun tak boleh. Sini busuk okey ke? Tak boleh ini macam. ‘Cannot like this’,” jerit PATI itu sambil menangis.Terdahulu Kosmo! melaporkan, kesemua PATI yang ditahan termasuklah dua kanak-kanak hasil pemeriksaan terhadap 60 premis kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

Allaudeen berkata, operasi itu bertujuan membanteras pelbagai jenayah dan aktiviti tidak sihat yang berlaku di kawasan sekitar sini, terutama melibatkan PATI.

Ujarnya, operasi ini berjaya merampas 100 karton rokok bernilai RM22,000, 80 karton arak (RM48,000) dan ubat-ubatan tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM) bernilai RM34,530.

Operasi bersepadu tersebut itu juga melibatkan seramai 1,138 pelbagai anggota dan pegawai.

Baca lagi:“Jangan sebarkan berita palsu, tuan badan sudah selamat sampai rumah” – Tular Syamsul Debat meninggal dunia dalam kemalangan tidak benarPertemuan setelah terpisah 6 tahun bekerja di Australia, wanita ini buat kejutan buat anak-anak, ibu tercinta“Kita ingat ini ‘filter’ kak, rupanya betul-betul makeup” – Solekan tebal Sharifah Shahirah buat netizen geli hati

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments